Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 5

26.01.2015


Setelah beberapa jam perjalanan…awal pagi 26.01.2015 kami sampai ke sebuah Bandar kecil dan cantik..iaitu Amsterdam. Seriously masa sampai tu, rasanya lebih kurang 4.00pagi, sejuk gile.. Persekitaran kat situ Naimi tengok banyak basikal dan laluan tram je… Tapi yerlah gelap gelita lagikan,masih tak Nampak apa2 pun.

View awal pagi masa kami pusing-pusing cari hotel.
Belasah je lalu atas laluan tram...hihihi :)


My Lovely :)


Kami terus pergi park Caravan. Mahal jugak bayar parking tu.. Tak ingat pulak berapa Euro. Tapi, kat sana memang xleh parking tepi-tepi jalan je sebab harga tiket mahal. Jadi kami decide parking dalam building yang lebih proper dan selamat untuk tinggal. Kami decide untuk check-in dulu memandangkan masing-masing tersangatlah letih dan memerlukan tenaga lagi esoknya nak berjalan sekitar Amsterdam. Kami sewa dua bilik (satu utk girls, satu utk boy – lebih jimat). Dalam 2 jam camtu kami rehat kejap, breakfast dan mandi sumer…past uterus keluar explore Bandar Amsterdam.

Bagi Naimi…masa kat Amsterdam, Naimi perhatikan memang penduduk sana mcm xrisau atau busy pun nak ke mana-mana. Nampak mcm life dorang dalam pecan tu je…mcm best je. Pengangkutan utama dorang memang basikal atau tram. Sangatlah rilex dan mendamaikan. Dorang xnampak mcm nak kejarkan sesuatu pun…masing-masing layan je life masing-masing…


Awal pagi tu...kami mulalah explore bandar Amsterdam. Kat situ jugaklah Naimi dan suami start shopping. Macam2lah...dari jacket sampailah ke t-shirt dan key-chain. Seriously, masa ni harga-harga baju terutamanya sweater/jacket tersangatlah murah. Jadi...kami pun merembatla sehelai dua juge. Hihii :)

Kedai cheese..kedai pertama kami masuk kat Amsterdam.

Banyak giler cheese dia...mcm2..sume sedappp weiiii....Hehhe :)

Dah start memborong :p



 Depan umah hantu... tak masuk pun :p



Inilah padang yang kami lalu utk ke "I Amsterdam"



Try jer...tak beli pun :)

Bangunan-bangunan kat sini semuanya cantik2 dan unik :)
Banyak lagi gambar yang cantik...sorry xupload sini. Pi tgk FB Naimi na..



 Kacau sungguh minah belakang tu..merangkak pulaaa :p

Kami melompat dulu kat tengah-tengah padang sebelum sampai ke 
" I Amsterdam".
Hehhehehe!!

 Masa ni kami dinner kat sebuah restoran Arab. 
Confirm HALAL tau. Hehehe..
Tak ingat nama apa kedai tu. Tapi dekat sangat dengan Madame Tussauds.

  Masa nie tengah tunggu tram nak lepas balik dari pergi kat tugu
“I Amsterdam”

 Masa nie tengah tunggu tram nak lepas balik dari pergi kat tugu
“I Amsterdam”


Selepas kenyang makan…kami gerak ke Hard Rock Hotel Amsterdam.

Naimi xde beli apa-apa pun, husband je beli t-shirt untuk diri sendiri. Hehhe :)




Masa ni Naimi dah mula rasa mcm nak demam..huhuhu. 

Rasa nak balik peluk bantal dah.

OK dah.. Jom balik tido. Kiri kanan dah penuh tu..Hehehe.
Awal pagi esok dah nak gerak ke next location.
.
.
.

Kami decide untuk jalan-jalan sekitar Amsterdam sehari je. Sehari tu memang betul-betul jalan puas-puas. Sampai sakit kaki dan nak demam rasa. Sehari tak cukup weeiiiii.... Next time kene repeat lagi kalau Allah izin. Serious tak puas pusing dan xsempat nak pusing semua kawasan pun...


Wednesday, January 25, 2017

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 4

25.01.2015


Still in Rome, ITALY.
Masa ni kami jalan-jalan sekitar pekan berdekatan Rome...dalam taman-taman perumahan dorang. Cantik betul tempat tu.. Rugi tak ingat nama tempat tu.huhu..

Actually ada beberapa keping gambar lagi kat sini, tapi xjumpa pulak. Naimi abadikan gambar ni jelah dulu ye.

Dalam 3 jam lepas tu, kami pun meneruskan perjalanan kami semula..


Monday, January 23, 2017

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 3

22.01.2015


Dalam perjalanan ke Italy, kami melalui Switzerland...Sebuah negara besar yang amat-amat cantik pemandangannya walaupun dalam musim salji. Pergunungan dan banjaran-banjaran yang dipenuhi salji tebal..rumah-rumah antik dan cantik...sangat memukau pandangan, Jom layang gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Rome. Naimi lupa dah nama-nama tempat persinggahan kami masa ni...Update mana yang ingat je ye :)









Sumer ni gambar-gambar kat Hägendorf dan Zurich, Switzerland.
.
.
.
.
.







Alhamdulillah...selepas mengharungi 2hari perjalanan yang penuh mencabar...tido kejap-kejap jer..benti rehat kejap..solat..makan...kami pun sampai ke kota Rome, Italy.

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 2

20.01.2015

Sesampainya caravan di Heathrow Airport, kami terus loading beg-beg dan terus gerak memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu...ITALY. Mengikut plan kami, kami akan start pusing dari Italy dulu then terus turun ke London seterusnya mengakhiri tour kami di Paris. 

Untuk cross masuk ke Italy, kami perlu melalui jalan laut atau udara. Memandangkan kami menaiki caravan, kami telah memilih jalan melalui laut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke pelabuhan Dover. Melalui pelabuhan Dover menuju ke Calais, France..perjalanan yang kami tempuh mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah... sempat jugak lah kami melepaskan lelah penat dan segala jetlag sebelum meneruskan perjalanan kami seterusnya. Sebelum tu, macam biasalah setiap port kami akan melalui pemeriksaan kastam, imigresen dan polis yang agak ketat. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.


Seingat Naimi, kami sampai di Calais malam...dalam pukul 9.00 malam mcm tu. Cuaca terlampau dingin dan sejuk... -10'c. Memang freezing yang amat. Memandangkan kami menaiki 2 caravan, kami terpaksa cari rnr utk stop bincang perjalanan kami terlebih dahulu. Masa atas bot masing-masing tido...melepaskan lelah, xsempat nak bincang in details.. Kalau nak tau, round up perjalanan kami sepanjang 2 minggu di Europe 99% menggunakan map sahaja. No GPS at all. Very surviving n interesting!! Pengalaman yang xboleh langsung dijual beli. Menyeronokkan... Teruja... Suprising.. Excited.... Hihihi :p Ingat lagi Naimi masa malam tu kami benti kat satu hentian yang setengah jam je perjalanan dari Calais, konon nak tgk map sama-sama...terketar-ketar kami keluar sebab cuaca terlampau sejuk hingga ke tulang. At last, xsampai 10minit masing-masing masuk caravan balik dan teruskan perjalanan. Kami decide untuk cari port yang lebih 'panas' untuk teruskan plan kami + makan sebab masing-masing dah lapaqqq..
Di sinilah kami benti tu...sejuk bedi....
Nama tempat ni, Ruville Autoteile Schaeffler Automotive Aftermarket, Hamburg, Germany.
.
.
At last...setelah beberapa jam perjalanan lagi, kami pun sampai ke sini...sebuah cafe kecik. 
Memang xde orang pun sebab masih awal pagi masa ni, 
pakat benti isi perut ngan maggi masing-masing. 
Sedappp oooo makan maggi panas-panas dalam keadaan sejuk camtu :)
Kalau tak salah Naimi, nama tempat ni Breuil-Sur-Vesie, France.




.
.
.
Lepas berehat...kami teruskan perjalanan lagi... 
Selepas tu kami berhenti bersihkan diri dan terus solat subuh di Km Cafe, Avia Mont De Nizy, di Juvincourt-et-Damary, France.
Lepas breakfast, kami pun amik peluang bergambar sekeliling cafe tu. Ya Allah cantik sungguh ciptaan Nya. Kami dikelilingi salji yang turun penuh indah..dgn dikelilingi kawasan bukit bukau...cuaca sejuk...suhu masa tu sekitar -2'c. Sangat sejuk!!! Lepas pegang hp, cepat-cepat pakai balik sarung tangan...

 



 - Our Breakfast -

 




 -Pemandangan dari dalam cafe-

Kami meneruskan perjalanan kami ke Italy selepas berehat lebih kurang 2 jam. Kalau ikutkan masa perjalanan, kami akan sampai ke Italy dalam masa 2 hari. Perghhhhh..panjang betul!!!Lama sungguh! Balik kampung jem 15jam pun xsangga letih dah rasa. Bayangkan la...perjalanan 2 hari. Tapi tulah.. Allah bagi kudrat kat kami semua masa tu. Dicampur perasaan excited sebab nak meneroka Negara Orang...semangat tulah agaknya kami dapat untuk teruskan perjalanan kami. Kalau ikutkan masa rehat kami...campur penat dan letih xcukup tido..sangatlah sukar digambarkan. Seriously...langsung xpenat. Lagi teruja adalah..

p/s : kami semua sempatlah update keluarga masing-masing dan Mr. FB perjalanan kami kalau ada free wifi. Ada sesetengah rnr/hentian yang kami berhenti, Naimi xjumpa gambar..jadi Naimi update apa yg Naimi ada dan ingat je ye.. Almaklumlah dah 2 tahun berlalu..jenuh nak recover.hehehhe :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...