Firmah Allah: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa”(Al-Baqarah:183)
(Input) (Proses) (Output/End Result) |
Iman + Puasa/Ramadhan = Taqwa |
Ramadhan merupakan suatu proses/tarbiah dalam membentuk peribadi insan bertaqwa. Maha Pengasihnya Allah dengan menyediakan ‘modul-modul’ untuk diamalkan oleh manusia untuk memperbaiki diri sehingga mencapai taqwa dengan hikmah-hikmah yang terkadang tidak kita sedari, antaranya seperti yang berikut:
1. Niat
Melalui berpuasa, Allah mendidik kita untuk memulakan sesuatu dengan niat. Sesuatu ibadat perlu kepada niat untuk menjelaskan hakikat sebenar penyerahan diri sebagai hambaNya;
2. Solat Tarawih
Kita lihat hikmah di sebalik anjuran solat tarawih yang sunat pada bulan Ramadhan, ramai manusia berbondong-bondong ke masjid/surau, sedangkan solat-solat wajib seharian tidak dilakukan berjemaah/ke masjid atau surau (pada bulan lain). Tarawih di masjid menunjukkan bahawa masjid merupakan paksi orang bertaqwa. Allah mentarbiah orang-orang beriman 30 hari berada di masjid supaya merasai suasana taat dan taqwa, kerana di masjid kita menjaga adab, tertib, tidak mengumpat dsb. Moga suasana masjid itu terkesan pada diri kita dalam membangunkan peribadi bertaqwa dan seterusnya mengikat hati kita kepada masjid;