Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label UNITED KINGDOM. Show all posts
Showing posts with label UNITED KINGDOM. Show all posts

Monday, January 23, 2017

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 2

20.01.2015

Sesampainya caravan di Heathrow Airport, kami terus loading beg-beg dan terus gerak memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu...ITALY. Mengikut plan kami, kami akan start pusing dari Italy dulu then terus turun ke London seterusnya mengakhiri tour kami di Paris. 

Untuk cross masuk ke Italy, kami perlu melalui jalan laut atau udara. Memandangkan kami menaiki caravan, kami telah memilih jalan melalui laut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke pelabuhan Dover. Melalui pelabuhan Dover menuju ke Calais, France..perjalanan yang kami tempuh mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah... sempat jugak lah kami melepaskan lelah penat dan segala jetlag sebelum meneruskan perjalanan kami seterusnya. Sebelum tu, macam biasalah setiap port kami akan melalui pemeriksaan kastam, imigresen dan polis yang agak ketat. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.


Seingat Naimi, kami sampai di Calais malam...dalam pukul 9.00 malam mcm tu. Cuaca terlampau dingin dan sejuk... -10'c. Memang freezing yang amat. Memandangkan kami menaiki 2 caravan, kami terpaksa cari rnr utk stop bincang perjalanan kami terlebih dahulu. Masa atas bot masing-masing tido...melepaskan lelah, xsempat nak bincang in details.. Kalau nak tau, round up perjalanan kami sepanjang 2 minggu di Europe 99% menggunakan map sahaja. No GPS at all. Very surviving n interesting!! Pengalaman yang xboleh langsung dijual beli. Menyeronokkan... Teruja... Suprising.. Excited.... Hihihi :p Ingat lagi Naimi masa malam tu kami benti kat satu hentian yang setengah jam je perjalanan dari Calais, konon nak tgk map sama-sama...terketar-ketar kami keluar sebab cuaca terlampau sejuk hingga ke tulang. At last, xsampai 10minit masing-masing masuk caravan balik dan teruskan perjalanan. Kami decide untuk cari port yang lebih 'panas' untuk teruskan plan kami + makan sebab masing-masing dah lapaqqq..
Di sinilah kami benti tu...sejuk bedi....
Nama tempat ni, Ruville Autoteile Schaeffler Automotive Aftermarket, Hamburg, Germany.
.
.
At last...setelah beberapa jam perjalanan lagi, kami pun sampai ke sini...sebuah cafe kecik. 
Memang xde orang pun sebab masih awal pagi masa ni, 
pakat benti isi perut ngan maggi masing-masing. 
Sedappp oooo makan maggi panas-panas dalam keadaan sejuk camtu :)
Kalau tak salah Naimi, nama tempat ni Breuil-Sur-Vesie, France.




.
.
.
Lepas berehat...kami teruskan perjalanan lagi... 
Selepas tu kami berhenti bersihkan diri dan terus solat subuh di Km Cafe, Avia Mont De Nizy, di Juvincourt-et-Damary, France.
Lepas breakfast, kami pun amik peluang bergambar sekeliling cafe tu. Ya Allah cantik sungguh ciptaan Nya. Kami dikelilingi salji yang turun penuh indah..dgn dikelilingi kawasan bukit bukau...cuaca sejuk...suhu masa tu sekitar -2'c. Sangat sejuk!!! Lepas pegang hp, cepat-cepat pakai balik sarung tangan...

 



 - Our Breakfast -

 




 -Pemandangan dari dalam cafe-

Kami meneruskan perjalanan kami ke Italy selepas berehat lebih kurang 2 jam. Kalau ikutkan masa perjalanan, kami akan sampai ke Italy dalam masa 2 hari. Perghhhhh..panjang betul!!!Lama sungguh! Balik kampung jem 15jam pun xsangga letih dah rasa. Bayangkan la...perjalanan 2 hari. Tapi tulah.. Allah bagi kudrat kat kami semua masa tu. Dicampur perasaan excited sebab nak meneroka Negara Orang...semangat tulah agaknya kami dapat untuk teruskan perjalanan kami. Kalau ikutkan masa rehat kami...campur penat dan letih xcukup tido..sangatlah sukar digambarkan. Seriously...langsung xpenat. Lagi teruja adalah..

p/s : kami semua sempatlah update keluarga masing-masing dan Mr. FB perjalanan kami kalau ada free wifi. Ada sesetengah rnr/hentian yang kami berhenti, Naimi xjumpa gambar..jadi Naimi update apa yg Naimi ada dan ingat je ye.. Almaklumlah dah 2 tahun berlalu..jenuh nak recover.hehehhe :)





Thursday, January 19, 2017

FaizNaimi TOUR LONDON EUROPE 2015 ~ Part 1

19.01.2015




Bermulalah perjalanan kami ke UK...

Kami naik Malaysia Airlines MH0004. 
Seingat Naimi, flight kami pukul 9.15 pagi. 
Sebelum subuh lagi kami dah menapak ke Putrajaya Sentral untuk naik ETS ke KLIA. 
Alhamdulillah kami dapat naik second train utk haritu. 

Hihiih...dalam pukul 5.00 pg kalau xsilap Naimi.


Tu MH0004 kami :)


Perjalanan ke UK (Heathrow Airport) daripada KLIA lebih kurang 16 jam....emmmm dalam waktu itu bemula lah aktiviti-aktiviti makan minum kami (MAS agak mewah bab ni kan) dan aktiviti menelaah filem2 atas awan. Tido...xtau lah nak cakap berapa kali. Tido ~ bangun ~ makan ~ gi toilet.. tp still xsampai-sampai lagi.


Walaupun perjalanan agak memakan masa..seriously kami enjoy sangat sebabnya kami sangat appreaciate travel kali ni. Hihihi... Al-maklumlah xpernah terbayang..even tak pernah pun ada angan-angan nak melancong ke sana seumur hidup. Semuanya (beli tiket & plan ke sana) terjadi dalam sekelip mata je. Nanti Naimi share total lost sepanjang perjalanan kami Tour UK dan Europe ye.


Dah nampak kota London dah :)



Alhamdulillah kami dah selamat mendarat di UK. 

Sempatlah pose dulu kat UK Border ni untuk kenang-kenangan :)



Hihi..total bag kami bawak untuk 2 minggu travel :)

Masa mula-mula sampai di Heathrow, kami sampai lebih kurang jam 4.15 ptg (waktu di London). Memang gelap gelemat... Sejuk bedi bak kata orang Utara... Sebab masa ni UK musim winter, memang cepat gelap. Walhal masing-masing dah pakai longjohns dah... Sejuk yang amat. Suhu masa ni 1 darjah celcius je...

Dalam setengah camtu, mini caravan (Toyota Wish)) kami pun sampai..
Bermulalah perjalanan kami yang seterusnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Overall Perbelanjaan Tour UK & Europe

Harga Tiket MAS : RM8000.00 (2paxs)
(KLIA - Heathrow LONDON)
(Charles De Gaulle PARIS - KLIA)

Hotel : RM5000 (2paxs)
Amsterdam
Paris
London
~ sumenya booking dan bayar awal

Persediaan sebelum : RM3000.00
- Winter Coat
- Kasut Tebal (Timberlands)
- Long Johns
- Stoking
- Baju tebal
- Makanan tin, coklat, biskut, keropok, maggi dlln...

Overall perbelanjaan kat sana will be updated on my last entry ye!!


To be continued Part 2







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...