Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label KAMPUNG. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Enjoyyzzz..


Hai2…

As promised b4….
Naimi just nak share a few pictures masa wedding my adik ipar
on 9 & 10 February 2013.

Enjoyyyyzzz ~~~





Friday, July 27, 2012

Selamat Tinggal Sayangku…

Comel...

Perginya dirimu tidakkan kembali…
Hilangnya dirimu tidakkan berganti… ='(


6 Ramadhan 1433 H
(Khamis : 26 Julai 2012)

Tuesday, October 25, 2011

My BFF's Engagement


Naimi baru berkesempatan nak upload gambar2 masa majlis pertunangan BFF Naimi 
pada bulan 9 (Hari Raya Aidilfitri ke-3) yang lepas…..
Hehehhe.. (**)
Enjoy!! 

Tuesday, September 06, 2011

Edisi Raya 2011 (Santan)


Raya kedua…tibalah pula giliran beraya di rumah Naimi, di Santan.
Hermmm………..Alhamdulillah, tahun ni, beraya sakan.
Dapat beraya di kampong sampai hari raya ke3,
membuatkan Naimi dan Hubby sangat2 teruja.
Yelah……..cuti my Hubby kan tak sama macam Naimi yang keje opis hour.
Namun begitu, syukur sangat……..
sempat jugak kami melawat sedara2 terdekat 
walaupun ada dua tiga rumah still tak sempat nak gi menziarah……..

 Our small family

Edisi Raya 2011 (Mata Ayer)


Wah……….lama betul rasanya tak update blog nih.
Mujurle ‘sihat2’ lagi blog kesayangan ni. Hehehhe..
Oklah, Naimi tamau berleter panjang2….
Just nak share seberapa banyak gambar2 raya yang ada untuk hari raya tahun ni.

Alhamdulillah….tahun ni, Naimi dah selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di rumah mertua kesayangan, di Mata Ayer…
Emmm…kenelah ikut giliran kan. Maklumlah, Naimi ni kepunyaan suami….
kenalah bertolak ansur…. Betul tak?
Ape2 pun bagi Naimi, tak kiralah di mana pun Naimi sambut raya, 
yang penting Naimi bersama2 suami tercinta dunia dan akhirat.

 Selamat hari raya, sayang...
Maaf Zahir dan Batin
Keluarga Hubby

Tuesday, August 23, 2011

Cerita Syawal ke-3, 2008 dan 2011


Assalamualaikum.
Salam Ramadhan ke-23.
Erm….. di penghujung Ramadhan ni,
mesti sumer ngah sibuk menguruskan persiapan2 raya kan?
Naimi pun apa kurangnyer.. hihihi…
Malam tadi, Naimi baru je habis menyiapkan
manik2 kat lengan baju kurung Naimi.
InsyaAllah………. Petang nanti, lepas balik keje,
nak sambung dekat bahagian badan pulak.Hiihi…

Ermmm…sebenarnya Naimi teringat sesuatu bila menjelang
Syawal ni….
Tambahan lagi selepas mendapat SMS daripada BFF Naimi pagi ini.
Heheheh…. InsyaAllah, Syawal ke-3 nanti, my BFF akan mengikat tali pertunangan dengan
bakal tunangnye… yang merangkap abang kepada BFF my Hubby.Hihi…
So classic!! Hihihi…
Walaupun sebenarnye ada yang lebih interesting lagi sebelum ini,
Di mana kawan sekelas Naimi (girl) telah pun menemui jodoh dengan abang BFF nyer
 (yang juga kawan sekelas Naimi) masa sekolah menengah dulu… Hihihi…
Itulah JODOH yang telah ditentukan olehNya…

Friday, August 19, 2011

Tak Dapat Ker?


Hah???
Tak dapat CUTI RAYA kali ni?
Biar betik……………………
Aduuuiii….mengalahkan kerja beruniform lah pulok kan…

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 02, 2011

Tak Mahu Dah....


Manja dah tamau duduk dalam carrier bila dalam keta.
Kalu letak jugak, memangler mcm2 aksi memberontak akan berlaku.
Lawak betul…. Guling2 dan carik2 kan paper dalam carrier tu, 
mcm budak2 ngah memberontak.
Manja start jadik macam tu, bila kami otw balik dari kampung ke Putrajaya dua minggu lepas.
Hihihi…..
So, bile dalam keta, kami lepas je Manja.. Biar die berlegar2 kat sana sini.
Habis2 penat sangat, dia akan datang baring atas riba Naimi atau Hubby.
Hihihi…..

Cakkk!!

Korang Suke Tak?

Buah apakah ini?
Eiii…. Terliur kan bile tengok buah durian ni time cenggini?
Hahahaha…. 
Saje je nak usik pagi2 ni.
Ermmmm… Naimi tak sempat2 lagi nak masukkan gambar ni sebenarnya.

Ni gambar masa kitorang balik kampong last week b4 Ramadhan, 
semata2 nak makan durian tau..
Tu yang balik kampong tuh….. Satu lagi, sebabnye….nak makan nasi goreng kedai Juliana.
Memang best nasi goreng situ…. 
Memang tak dapatle kalu nak cari kat area Putrajaya atau kawasan2 sekitarnya…. 
Hihihi….

Wednesday, July 27, 2011

Izyan & Zulhilmi


Sekitar Majlis Pertunangan Sepupu My Hubby, Izyan Dan Tunangannya Zulhilmi.
Penang mari...... (**)
On 23 July 2011

Tahniah diucapkan kepada Izyan dan Zulhilmi

 Izyan

Friday, May 06, 2011

Makan-Makan


Masa Naimi dan Hubby balik kampong minggu lepas,
kami bawak family Naimi gi makan2 kat Kuala Perlis.
Kebetulan Hari Ibu pun dah semakin hampir, so kire PLUS celebrate hari ibu le.
Hehe (**)

Kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat disnap.
Makanan sampai lambat sangat, kul 9 baru sampai.
Huhu.... so takdelah gambar makanan sangat.

Malam tu, kami makan 3 ekor ikan (masak stim, bakar, masak 3 rasa), 
sotong goreng tepung 1 kilo, udang goreng tepung 1/2 kilo,
sayur kailan ikan masin 2 pinggan, sambal & ulam2.
Satay 30 cucuk.
Minuman : Air oren 2 jag & ais kacang.


ayah & mak
Naimi & hubby

Friday, April 29, 2011

Wait 4 Me.... Perlis


InsyaAllah, petang ni Naimi and Hubby akan balik ke kampong.
Erm, sekejap je cuti…. Hari Isnin ni dah kena balik sini.
Hummm… takpelah, janji blh balik jumpa family kat kg nu.
And menikmati mempelam harum manis. Yahuuuuwww!!

- masa ni Naimi darjah 6 -
hihihii
Semoga perjalanan kami pulang ke kampung dan kembali ke sini
berada di bawah perlindunganNya.
Amin.



Tuesday, March 15, 2011

Harap Sangat (^_^)


Malam nie Naimi takde kelas.
Hubby lak keje shif malam. Tinggallah Naimi sengsorang kat umah nie.
So, Naimi just habiskan malam Naimi dengan menyiapkan assignment Constitutional Law 
yang due nye this coming Thursday.

Alhamdulillah… dah hampir 70% siap. Itupun stress gile dalam usaha menyiapkan 70% pun.
Ahahahha…. Apa leh buat, dah jadi lumrah seorang pelajar.
For sure lah ada assignment2 yang harus dibuat.

Mujur sekarang my Hubby dah balik, thanks sangat2 sebab sudi watkan coffee utk ayang.
Hihihihih…..

Erm…. Tapi di saat  nie dah kira bosan dan stress tahap GABAN dah nie.
So, Naimi stop dulu dari duk mengadap benda alah tu, buka internet.
Yes!! Timbul idea nak update blog.
Tapi nak update apa???
Hahahha…..

Just nak share this pictures

Tuesday, March 08, 2011

Al - Fatihah


Hari ini genap setahun pemergian arwah Tok Wan yang dikasihi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan di kalangan orang2 mukmin dan solihin.
Al- Fatihah buat arwah Tok Wan.
ARWAH TOK WAN

ARWAH TOK

Al-Fatihah juga wat arwah Tok yang dikasihi yang sudah genap setahun jua pemergiannya  pada 13 Februari yang lepas. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 mukmin dan solehah. [ malam tadi mimpikan Tok, rindu sangat…]

p/s: Masa balik cuti raya cina yang lepas, Naimi dan hubby serta adik2 sempat menjenguk pusara kedua2 arwah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...