Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, December 29, 2010

Ayat-Ayat Manzil

Semalam Naimi dan Hubby pasang beberapa potong surah ayat-ayat Al-Quran dalam ayat Manzil. Hari Isnin lepas amik dari salah sorang kakak opis, katanya tryla pasang ayat-ayat Manzil ni. Kalu betul2 benda ada kat rumah kami, memang akan berkesan insyaAllah. Malam pertama kami pasang, mula2 dengar orang duk sepahkan kayu kat atas umah. Dekat2 penghujung ayat tu dengar lak bunyi ketuk2 atas rumah. Feel Naimi lps je dengar ayat2 tu, Naimi dapat rasakan yang rumah Naimi sunyi sangat, mcm tiada penghuni langsung. Berbeza sangat. 

Malam semalam, masa waktu Maghrib, Naimi rasa sesak nafas sampailah pukul 9.30 lebih2 gitu.. Kebetulan, masa tu Naimi pasang ayat2 Manzil kat laptop sambil duduk2 depan laptop. Memang rasa pendek je nafas ni.. Padahal Naimi bukan ada masalah penat atau asma pun. Hubby pun hairan sebab lepas kami gi berubat dengan seorang ustazah ni, Naimi dah tak sesak nafas dah. Kalu tak dulu, setiap hari Naimi sesak nafas pada waktu Maghrib. Huhuhu… 

Naimi juga baru dapat tahu satu kisah yang terjadi sebelum ni di kawasan umah kami. Dulu ada dengar orang cakap, ada mamat indon mati jatuh masa wat bangunan [kuarters] kat situ, tapi tak tahulah blok mana. Kelmarin, ada sorang kakak BPH cerita yang rupa-rupanya kejadian itu di blok Naimi. Bukan seorang, tapi ramai yang jatuh masa tu… Huhuhu…  Seram betul. 

Tapi ada lagi satu story ni, malam apa tah masa Hubby nak pastikan sama ada grill rumah berkunci atau tak, Hubby bukalah pintu depan umah. Pastu Hubby rasakan kehadiran sesuatu kat belakangnya pada mula disangkakan kehadiran Naimi. Dengan sekali imbas ke belakang, Hubby Nampak satu objek tak tahu apa, tapi sedang merangkak kat belakang.. Suuupp!! Terus hilang.

Sebenarnya, di sebalik apa semua yang terjadi ni, Allah dah susun segala-galanya… Semoga Naimi dan hubby lebih sabar dan lebih mendekatkan diri kepadaNya, Pencipta seluruh alam. Selain itu, Naimi sudah pun membuat surat kepada pihak BPH untuk mohon pidah ke kuarters lain. Harap2 cepatlah kami dapat jawapannya. Ameen…

1 comment:

  1. naimi..lg bgus klu kiter bc sendri..org kata ada roh dia lgi klu kita bc..bc kuat2..biar satu umah dgr xpe..baca beturut2 setiap mlm..aku pon penah buat neh..stp mlm mmg takut..ms ko bc tuh mmg bulu roma ko naik punyer klu dia btl2 ada kat umah tuh..tp klu ko bc sendri insyaALLAH akn bg kekuatan kat kiter skali..kuat se=mgt sket la..siyes lepas kejadian aku tu pown aku lemah smgt giler2..tp aku amal dlm ms lbh kurg sebulan..bru aku leh ada smgt blik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...