Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, April 11, 2015

HoneyMoon KOREA Part 1 (6th Year Wedding Anniversary)



Assalamualaikum & Hi :)


Lama betul tak jenguk BLOG kesayangan ni... Rindu sangat2!! Kali ni Naimi nak share sikit pengalaman Naimi sepanjang bercuti di KOREA baru-baru ni. Hopefully dapat membantu u alls yang nak sangat2 menjejakkan kaki ke sana dan sharing sedikit panduan dan tips yang Naimi gunakan kat sana. 

Antara benda yang u alls kene prepare awal2 selain daripada merancang perjalanan ialah :

1. Trip / Backpackers.
2. Bajet percutian (Flight tickets/Hotel/Makanan dlln).
3. Ambil tahu suhu yang akan u alls tempuh sepanjang berada di sana.
4. Cek siap2 masa solat kat sana nanti (Muslim).
5. Sediakan pakaian yang bersesuaian dengan suhu di sana (tak perlu bawak baju banyak kalau anda backpackers).
6. Tukar duit ke Korean Won.

Naimi dan Suami diizin Allah menjejakkan kaki ke sana untuk meraikan UlangTahun Perkahwinan kami yang ke6 baru-baru ni selama 3 hari, bermula 26-28 Mac 2015. Alhamdulillah..walaupun ianya short trip, tapi sgt2 puas hati sebab semua tempat yang kami nak pergi..kami berjaya pergi dalam masa yang singkat. Bessst!!!


Oh ya...kami pergi berdua je tau. Tak join mana2 trip pun..belasah sendiri je, walaupun sebelum tu bykla jg org ckp2 kalau pergi sendiri mahal la...sume tu. Tapi ada jg kwn2 yang bg pendapat pergi sendiri lbh jimat dan masa kita lebih freedom. Memandangkan kami berdua mmg kaki travel dan xsuka kongkongan masa sume tu, we had decided to go by ourselves. Terjahhh je lah!!

Okey... trip kami kali ni dengan Air Asia X. Masa tempah tiket tu sebulan sebelum fly..so harga agak mahal la skit..RM2180.00 (2 org/return), but if u alls smart dan merancang lbh awal, lbh murah tiket u alls dpt. Pastu, hotel 3Hari 2Malam RM230.00, Naimi book dlm Asiaroom.com. Lepas sume setel, terus tukar duit untuk belanja makan di sana. Actually kami berdua plan xnak shopping kat sana..sebab rasanya xde benda pun nak beli..just spare duit utk transport dan makan je. But kalau u alls nak jimat, boleh bawak makanan dari Malaysia mcm Maggi, Roti, Coklat dlln juga. Kami pun bawak ok.... hihihi. Especially Maggi Royale. Hahaha..Barulah Korea. :p


Sebelum ke sana, Naimi dah prepare itenarary siap2 dan beli buku panduan ke Korea. Risau makkk kot2 sesat kat sana.


FIRST DAY (26/3/2015)
1.00 am : Bertolak dari KLIA2 dgn Air ASIA X
8.30 am : Tiba di Incheon International Airport, South KOREA. Suhu masa tu 6 darjah celcius.



Sampai je airport, terus pergi cari susu yang amat2 femes tu... Haaaa, nilah ye u alls. Sedap and manis2 masam. Naimi amik perisa apa ntah warna hijau ni, rasa masam2 mcm epal hijau. Suami plk amik perisa strawberry. Harganya 1 botol 1000Won sahaja ye.


Pastu kami terus beli T MONEY kat 7 Eleven situ siap2. Harga 1 kad 2500W, kami just topup 20,000W je. Total 45,000Won sahaja untuk 2 T Money. Actually, T Money ni berfungsi mcm Touch & Go jg, kita boleh guna utk naik public transport sepanjang di sana...lebih murah dari bayar cash. Sebabnya kalau backpackers kat sana...confirm pengangkutan utama ialah Subway/Metro je...Murah Jimat Selesa & Cepat u alls. Juga boleh didapati di mana2 story mart/gs25. Nak recharge pun senang kat situ je atau mesin recharge yang boleh didapati di sekitar stesen subway. Berlambakkkk...


(maaf gambar lupa rotate)

 Oppps...satu lagi, sampai je kat airport..u alls jgn lupa amik siap2 maps Subway dan sekitar Seoul yang u alls nak pergi sebabnya u alls sangat2 memerlukannya nanti. Subway kat Korea ada 7 lapisan dan bermacam2 warna ada...penting untuk kita sbg tourist tahu STESEN mana kita nak turun dan EXIT mana kita nak keluar nanti. Kalau betul STESEN, tapi tersalah EXIT..mmg sesatlah u alls. Hehehhehe :)

10.00 am : Kami terus gerak dari Airport menaiki KTX ke Stesen Hongik Universiti menggunakan Line A (Airport Express). Nak cari destinasi pertama kami iaitu Hello Kitty Cafe. Nak checkin hotel..masih terlalu awal. Jalan2 pekena coffee dulu la..Hihi. Perjalanan lebih kurang hampir 45minit jg ye u alls. Turun je Stesen Hongik University, Exit 9. Masa kat Hello Kitty Cafe, kami just minum hot coffee dan strawberry waffle je. Total 10, 000Won u alls.

nice lady... bantu kami tunjuk jalan ke Hello Kitty Cafe
maskot pun tolong sekali...hihi. so cute!!
 
 at last..jumpa jugak...kene panjat tangga ye u alls.
 


Lepas setel lepak2 dekat sejam gak dalam tu..kami jalan2 sekitar pekan Hongik tu...banyak sungguh stoking2 comel, lebih2 lagi stoking2 gambar kucing. Opkoz la beli..3000W je sepasang. Yihhhuuu... Naimi amik 2 pasang je.

Pastu...dlm pukul 1.30 pm, kami terus gerak semula ke Stesen Hongik University utk ke hotel kami yang terletak betul2 tengah2 Myeondong, Namdaemun dan Dongdaemun Markets. Lepas checkin, bersihkan diri, solat2 sume kami meneruskan perjalanan kami lagi utk ke destinasi seterusnya.

4.00 pm : Kami pergi Cat Cafe kat Myeondong. Naik subway kat Stesen Euljiro 3 (sam)-ga ke Stesen Chungmuro (Line 3 warna Oren), pastu tukar line 4 (warna biru muda) ke Stesen Myeondong. Keluar Exit 6. Pastu nanti u alls akan nampak Uniqlo depan Exit...u alls amik kiri..jalan straight sampai jumpa BSX shop, pastu amik kanan. Nanti u alls akan nampak maskot kucing ni, cafe tu sebelah kanan. Kami minum Choc Latte 8000W per head (actually bayaran tu termasuk fees donation utk kucing2 kat situ). Total 16,000Won sahaja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada 40 ekor kucing dalam Cafe ni..sumenya comel2 belaka...hihii.. 

7.00 pm : Alang2 dah dekat Myeondong market...kami pusing2 sekitar sini dulu...pastu beli Kebab Kambing marveles kat Myeondong ni...perghhhh memang pedas terangkat. Harga 7000Won je satu kebab kambing. Kami share je sebab tak lapar sangat masa ni, hihihi...

 

8.30 pm : Kami ke Stesen Dongdaemun, Exit 1 / Exit 4.. konon2 nak g Dongdaemun market lah. Pastu...mcm xbest je, mgkin sebab kami penat kot + sejuk sangat malam tu...kami jalan2 dekat Cheonggyyecheon je tgk lampu2 buatan yang cantik kat sungai situ...
 
 

Lebih kurang jam 10.30 pm, kami bertolak balik ke hotel...balik recharge tenaga untuk full swing esok harinya. Oh yaa...subway sampai 1.00 am je ye u alls. Don't be late.



TO BE CONTINUED...

 


2 comments:

  1. weyyyy syok gak naaa buat backpackers trip camni! tq for sharing dear! ^_^

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...