Alhamdulillah… masuk tahun ni, dah 2x Naimi diberi peluang untuk pregnant.
Yang kali kedua ni, Naimi & Hubby dapat taw usia
kandungan masa tu less than 5 weeks sehari sebelum raya… 7 Ogos 2013.Wawah... anak Ramadhan!!!
Namun begitu…. Susunan Allah, tiada siapa yang tahu.
Genap Syawal ke-3 (10 Ogos 2013), Naimi disahkan
gugur. Huhuhu :(
Sedihnya…. Memang tak terkata, kerana pengalaman
mengandung kali ni, sangat berbeza sebab kami suami isteri tahu dan rasa
kehadiran dalam rahim Naimi.
Berbanding dengan keguguran tahun lepas, memang tak
sesedih seperti kali ni, sebab dulu memang tak tahu pun kata preggy sebab
period normal & regular.
Last year tu, Naimi tumpah darah pun lepas seminggu
habis period… Banyaknye… bleeding teruk dari pukul 11 malam sampai 5 pagi kot.
Memang tak terkata la, sampai warded 3 hari & kena
tambah darah 2 beg sebab asik2 pitam ja. Huhu…
Tapi kali ini, still pada peringkat early miscarriage…
xbleeding teruk mcm dulu..
Darah keluar pun macam period je… just dapat MC untuk
betul2 rehat kat umah je..
But at least… still Naimi bersyukur sangat2. Walaupun
kali ni masih tetap bukan rezeki kami lagi untuk mempunyai anak, sekurang2nya
Naimi boleh mengandung & I feel something in my womb. Tambahan lagi, masa
scan aritu, nampak kantung baby dalam rahim…
Kalu nak tengok... ada dalam entry yang sebelum ni..ye.
That was the super best moment in my life!!! Thank you…
Allah. For giving me such wonderful experience. (^^)
Kali ni jugak, Naimi dan 2 sahabat dunia & akhirat
Naimi (Anis & Adik) sama2 pregnant… walaupun lepas tu sama2 miscarriage.
Hebat kan susunan Allah? Yelah.. walaupun hajat kami ber3 nak sama2 memboyot
tak kesampaian… at least, pengalaman yang kami dapat dengan sama2 pregnant
dalam tempoh lebih kurang sama (maybe kurang @ lebih sehari..wallahua’lam)
sangat2 menarik… sampai sekarang mcm tak percaya… tak sangka sama2 preggy
aritu. Hihi…
Ape2 pun, episod kesedihan dah pun habis, insyaAllah.
Lepas ni, nak focus lagi. Hihi.. mana taw, tak lama lagi boleh preggy plak
dalam masa terdekat??? Allah knows the best :)
Yang penting… terima ketentuan dariNya dengan redha
dan ikhlas…
InsyaAllah, pasti ada hikmah di sebaliknya… Dia lebih
tau yang terbaik buat hambaNya.
Amin... Amin... Amin... Doakan Naimi ye!!!
Tq, wassalam.