Thursday, July 28, 2011

Pandainyer.....


Tengok tuh…. Manja dah pandai tau.
Setiap kali Naimi or Hubby balik, mesti dia tunggu kat depan pintu.
Tapi…kalu dia tido… mesti tak sempat nak berlari ke depan pintu kan?
So…. Memadai ler dengan bangun dan tengok je kami masuk dari tempat yang terdekat.
Hihihi…. Sweet kan? Bile kiter balik, die sambut.


Ini pulak aksi comei Manja bile nak main2 serang dan tangkap2 tangan kami..

Wednesday, July 27, 2011

Izyan & Zulhilmi


Sekitar Majlis Pertunangan Sepupu My Hubby, Izyan Dan Tunangannya Zulhilmi.
Penang mari...... (**)
On 23 July 2011

Tahniah diucapkan kepada Izyan dan Zulhilmi

 Izyan

Tuesday, July 19, 2011

Tabiat Manja



Macam nila tabiat Manja sebelum dan selepas makan…
Pelikkan? Ntahle…mungkin sebab Naimi & Hubby
tak penah jumpa kucing wat gini selepas makan….
Sebelum makan, adalah…
Tapi, kalu nak diikutkan…
Manja akan wat satu pusingan keliling pinggan tu.
Akan tetapi, memandangkan dia nampak kami ngah snap video die….
Die wat skit jer…. Ala2 cover la tuh.. Hihihi (**)

Monday, July 18, 2011

Sudahkah Kita Bersedia Menghadapinya?

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Terseliuh Tangan (Pics Edition)

Friday, July 15, 2011

Bila Si Manja Beraksi


Lihatlah aksi2 Manja ketika bermain dengan tikus-tikus kesayangannye…
Sekarang nih..Manja dah suka sangat2 main ngan kami.
memang tak menang tangan dibuatnye...
Love U Manja!!

Umar dan Amin


Mmmm…. Hari Ahad yang lepas, Naimi dah gi jumpa Amin, adik Umar…
Merangkap anak teman baik Naimi, Anis.
Ingatkan tak dapat nak jumpa dalam masa terdekat,
 Alhamdulillah… Anis dan suaminya dah berpindah semula ke Bangi.

Thursday, July 14, 2011

Manja @ 3 Months

Manja tido di sisi PINK RAT nye..

Manja @ 2 Months

Ya Allah... Semuanya berada di bawah kekuasaanMU..


Pagi ni, Naimi baca blog kawan Naimi.. Farehah.
Sangat2 tersentuh hati bila beca entry yang kawan2 leh baca kat bwh nanti.

Memetik kata2 yang slalu kite dengar..
" Janganla kita menyombong dengan apa yang Allah kurniakan
kepada kita, kerna semuanya tidak kekal...itu semua HAK ALLAH. 
Dia boleh amik semula bila2 masa sahaja..."

Humm... kelu seketika untuk menulis sebarang perkataan.
Tak tau nak mula macamana.

Naimi akui... Naimi slalu rasa diri ini sangat2 down..
puncanya, Naimi agak tertekan kerna walaupun usia perkahwinan kami dah lebih 2 tahun,
kami masih belum ada zuriat sendiri.
Allah swt menguji kami berdua hebat sekali.
Sampai... satu ketika dulu, Naimi dikecam kuat 
sebab bagi  'dia', Naimi belum layak bersuara tntg rumah tangga
sebab Naimi takda anak pun...
Sedangkan 'dia', sangat2 berbangga kerna mempunyai anak2 yang ramai dan berjaya.
Lama betul masa yang Naimi amik untuk kembali pulih bagi menghadapi apa 
yang ada dihadapan Naimi...
Namun...semua itu di luar batas kemampuan kami suami isteri.
Kami hanya mampu merancang.. 
Namun Allah jualah sebaik2 perancang dan lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. 

Temerloh (*_*)


Hari Ahad yang lepas iaitu 3 Julai 2011, Naimi, Hubby dan Manja bertolak ke Temerloh Pahang
bagi menghadiri kenduri sahabat baik Naimi masa kat USIM dulu, Haniza. Majlis tu berlangsung kat Kg. Awah, Temerloh… dekat ngan umah sahabat baik Naimi, Along.  Emmm…. Dapatle Naimi tumpangkan Manja kat umah Along masa kami gi kenduri.

Emmmm…first time tuh Naimi sampai umah Along. Kata Along, Naimi le kawan pertamanya yang penah sampai ke umahnye. Hihihi…Bukan ape, dia bersekolah di Terengganu, belajar pun di sana…memang takdelah kawan2 dapat datang umah. Hihih…

Ape2 pun, thanks sangat2 kat mak ayah along…. Dan sume family along sebab menyambut baik kedatangan kami. Mak along siap masakkan ikan patin masak tempoyak lagi. First time Naimi merasa ikan patin… Memang sedap!!

To Haniza dan suami, Hakimi..
Selamat Pengantin Baru dan Selamat Menempuh alam rumahtangga yang serba indah.

Kami bertolak balik ke Putrajaya dalam kul 4 petang, 
dan sampai di umah lebih kurang kul 6 petang.

Wednesday, July 13, 2011

Untuk Terakhir Kali ...


Ini adalah video ekslusif
di mana sikap Lana yang boleh dianggap
buang tabiat di malam terakhirnye bersama kami.

Sudah sekian lama Lana tak peluk2 dan tido sebelah Manja..
Tapi, malam tu..tibe2 je Lana gi panjat dan naik atas Manja.
Bak kata my Hubby…mungkin itulah pelukan kali terakhir Lana
buat adiknye yang tercinta..iaitu Manja.

Mummy (**)

Jeng jeng jeng….
Presenting…

Mummy Manja dan Lana….

*    InsyaAllah… bila Manja dah besar sikit, kami nak bawa die
gi jumpa mummy dan saudara die (Putih) kat Teluk Panglima Garang, Klang Selangor.

Monday, July 11, 2011

Gemoookk (^^)


Si Manjaku yang kegemukan dan kekenyangan


Terseliuh Tangan


Hari Sabtu, malam Ahad yang lepas
Manja terseliuh tangan kiri.
Puncanya tak tahule..
Tapi masa kejadian tu, dia ngah main2 beg laptop Naimi kat atas katil.
Maklumle…sekarang ni, Manja sudah semakin aktif…
Berat pun dah cecah 750gram…
Padahal baru je 3 bulan. Hihihi….

Masa tu, Naimi g simpan barang dalam almari.
Bila gi kat dia atas katil… dia dah bunyi2…
Selalunye Manja bunyi2 bila bangun pagi,
sebab nak keluar dari cage and kalau kuku tersangkut nak minta dilepaskan je.
Tengok2… ha… tangan kiri dah terangkat.
Takleh letak bawah….

Malam tu, my Hubby urut2 perlahan tangan die.
Bangun pagi esoknye… tangan kiri Manja dah bengkak2.
Nak pegang pun tak bagi… Siap marah2 kami lagi.
First time tengok Manja marah…
Bile my Hubby amik gak tangan die.. Manja gigit2 manja.
Bila lama2 dia geram agaknye… my Hubby bangun, die gigit Naimi.
Huhuuh… sian die… Sakit.
Sepagi…Manja tido je.. . mengasingkan diri dari kami berdua.
Tak penah2 tengok Manja susah nak gerak gi makan...
Tak penah tengok dia benti dari main2 ngan kami...

Kul 12.00 pm, hari Ahad tu kami bawa gi Vet di Presint 15.
Alhamdulillah... mujurle terseliuh biasa.
Takut jugak kot2 patah, sebab dah bengkak2 tangan die.
Vet kasi ubat tahan sakit.
kebetulan, mata die duk keluar air.. Vet bagi ubat mata jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...