Wednesday, June 29, 2011

Malam-Malam Terakhir Kami Bersama...

Lana berada di atas pangkuan Naimi….
Manja pun naik sekali…. Baring atas Lana..
Untuk terakhir kalinya....

Video Lana (2)


Video ini Naimi sempat rakamkan masa Lana tengah memujuk Manja..
Terharu kan tengok Lana usap2 Manja???
Padahal Manja yang sepatutnye pujuk Lana sebab amik makanan Lana..
Lana sangat2 penyayang kepada adiknye Manja…
Sume nak beralah…. Sampai makan pun bagi Manja je…
Kasih sayang antara kucing… macam manusia…
Rindu pada Lana sangat2….. Manja pun sama!!!  =(
Sayang sangat2 kat Lana…
Tapi… Allah lebih sayangkan Lana…


Tuesday, June 28, 2011

Video Lana (1)


Lana sewaktu sihat…
Seekor anak kucing yang sangat particular tentang kebersihan dirinye…
Seekor anak kucing yang sangat lemah lembut dan manja...
Hanya video ini pengubat rindu kami buat Lana….

Rindu Padamu............


InsyaAllah… petang ini, Naimi dan Hubby akan kebumikan Lana.
Selamat tinggal sayangku…. Moga di sana, lebih aman hidupmu.
InsyaAllah…kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti di sana…
Naimi masih terbau2 bauan Lana… terbayang saat2 menciumnye… =(



Tangisan di Pagi Hari



Lana sudah pergi jauh dari kami….
Lana sudah meninggalkan kami pagi ini….
Lana sudah dijemputNya…
Hanya tangisan yang berbicara sejak pagi tadi…
Biarpun hanya selama 17 hari kita bersama...
Banyak kenangan yang kita kongsi bersama...
Lana sayang..... kami sayangkan Lana....
(sambil menangis2...)
Naimi dan Hubby sudah mula merindui keletah2 Lana
sepanjang kami bersama...
Namun...hanya tangisan yang mampuberbicara di saat ini =(

Monday, June 27, 2011

Lana


Lana betul2 tak sihat… Sian die…. Huhu..
Hari Jumaat lepas, Naimi bawa Lana gi Vet lagi sekali
sebab tak puas hati dengan kondisi kesihatannya…
waktu gi jumpa Vet di Bangi check, katanya takde apa2…
Rupe2nya bila gi jumpa Vet kat Putrajaya,
Vet cakap Lana kena jangkitan sejenis virus yang pembawanya adalah ibu dia..
Uhuhu….

Mengikut kondisi Lana ketika diperiksa,
Vet cakap dia hanya boleh usaha bagi ubat-ubatan
seperti vitamin, imunisasi dan antibiotic.
The rest, terserah kepada Lana sebab Lana sendiri kena lawan sakit tu…
Kurus sangat2 die...pucat lesi...
Lana tamau makan, minum…asik termenung dan berjauhan je dari kami.
And, wording yang paling membuatkan kami suami isteri
teramat-amat sedih ialah… Lana mungkin boleh MATI if it cannot survive for its life.
OMG…. Tak sanggup rasanya Naimi dan Hubby dengar.
Masing2 sedih sangat2…
Dahle Manja yang kuat makan pun dah tamau makan jugak, macam Lana.

Friday, June 24, 2011

Surah al- Kahfi (Ayat 107 - 110)

Surah al-Kahfi : Ayat 107 – 110

Sebagai perkongsian bersama di hari Jumaat yang mulia ini…

Keratan ayat 107-110 daripada Surah al-Kahfi  ini bolehlah diamalkan selalu sebelum tido.

Fadhilatnye….InsyaAllah…dengan niat yang betul, 
kite sume akan lebih mudah untuk bangun di waktu pagi (subuh) 
dan mudah tersedar sekiranya berlaku sesuatu di persekitaran (dalam rumah) ketika tido…. 

InsyaAllah… biiznillah….

p/s: dapat info masa tazkirah lepas baca al-Quran pagi tadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...