Tuesday, June 14, 2011

Sejak....


Sejak ada Lana dan Manja….hidup Naimi dan Hubby sangat2 bermakna.
Macam ada anak2 sendiri je. Yelah…diorang pun anak2 jugakkan?
Teringat malam tadi, mak Naimi kol… time tu kami ngah makan kat luar, dlm 10.30mlm gitu2.
Mak kata… “Sajalah mak tepon..nak tanya, cucu2 mak sihat ka?”
Hahaha… tergelak Naimi dan Hubby… Tepon semata2 nak tanya fasal Lana dan Manja.
Minum ka..makan ka.. tido ka..berak ka… Hahahha….
Kalulah mak dah ada cucu betul2, mesti lagi banyak soalannya.Hehhe..

Pagi tadi….heran Naimi, Hubby bangun awal sangat… tak sempat nak kejut.
Naimi saja wat tak tau…sebenarnya tau, sejak ada Lana ngan Manja, Hubby walau letih
macam mana pun, takkan tido….dia lebih suka main2 ngan depa berdua tu.
Naimi saja tanya… “Awal abang bangun…tak sempat nak kejut 
(sebab my Hubby tak keje arini-off)…. Sejak bila ni?”
My Hubby pun jawab… “sejak ada Lana dan Manja le…”
Hummm… so sweet. Siap basuhkan botol susu depa dua lagi.

Sejak ada depa dua, kami jarang berada di luar rumah sebab asik teringat kat depa je.
Kalu keluar pun, mesti nak balik cepat2… Hihihi….

Kalu nak tahu, Lana dan Manja ni..walaupun kecik, depa dah bijak.
Buang air besar/kecik pun dah pandai…buang atas pasir je, bukan merata2…
Pembersih pulak tu depa ni…. Lebih2 lagi Lana. Hihi..

Ermm….bile kami ada berdua di umah, tak kirelah petang atau malam…
Kami akan biarkan depa bermain2 di sekitar rumah… Tak letak dalam sangkar le.
Dah nak tido baru masukkan depa semula ke dalam umah depa.
Yang lawak tu, bila depa kat luar sangkar….
misalnya depa nak berak/kencing, mesti depa
bunyi2… Lebih2 lagi si Manja, kalu nak buang air, mesti meow2 dulu..
Tak kirelah luar atau dalam sangkar.

P/S: Nanti Naimi upload gambar terkini depa dua k. (**)
Sekarang tak gemuk lagi depa tu, nanti gemuk la... hihi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...