Tuesday, July 31, 2012

Chahaya Beauty Aura v Chahaya Beauty Amaze


CHAHAYA BEAUTY AURA 
sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah terutamanya untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat, masalah jeragat, masalah parut-parut jerawat, warna (tone) kulit yang tidak sekata, kulit kusam yang tidak bermaya...anda semua boleh mencuba untuk menggunakan Chahaya Aura kerana produk ini menbantu untuk mengembalikan kecantikan kulit supaya lebih licin, halus dan berseri-seri (glowing)...produk ini boleh merawat semua jenis kulit bermasalah tadi...

CHAHAYA BEAUTY AMAZE
 sangat sesuai untuk kulit biasa, yang tidak bermasalah....tiada masalah jerawat yang banyak, jeragat yang tebal atau parut-parut muka yang teruk...anda boleh mencuba produk ini untuk mencantikkan lagi kulit anda supaya kelihatan lebih berseri dan putih licin...Amaze mengandungi Krim Kunyit yang berfungsi untuk merawat kulit diwaktu malam yang boleh memproses kulit mati....mengembalikan kulit jadi lebih tegang dan segar...

Berminat? Boleh PM Naimi untuk order. Tq!



Friday, July 27, 2012

Selamat Tinggal Sayangku…

Comel...

Perginya dirimu tidakkan kembali…
Hilangnya dirimu tidakkan berganti… ='(


6 Ramadhan 1433 H
(Khamis : 26 Julai 2012)

Tuesday, July 24, 2012

This Year…. My Turn. But, I’m Ready……..


Assalamualaikum.
Salam Ramadhan ke-4.

Macam mana puasa hari ni? Ok ke tak? Naimi masih belum berkesempatan lagi nak merasa berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ni. Maybe tomorrow, insyaAllah.

Oh ye…. Korang raya mana tahun ni? Yang solo tu, tak acile…yang dah kahwin tu.
Jangan gado2 tau…. Bincang elok2.
Kat mana2 sambut pun takpe, asalkan dapat bersama kan??? Kan???

Okey…cakap pasal giliran, tahun ni memnag turn rumah Naimi.
(walaupun jarak umah Naimi&Hubby hanya sekangkang kera) hihihi :p
Emm… tapi, kita manusia hanya mampu merancang.
InsyaAllah, tahun ni, Naimi, Hubby and Manja akan sambut raya di Putrajaya je.
My Hubby kena keje... So, as a wife, I'll be with him..

Tuesday, July 17, 2012

Lari...........................Kejar...............................


Assalamualaikum…

Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan yang sangat2 ditunggu dan dirindui.

Petang semalam, Naimi dan Hubby bawa Manja jumpe Vet utk routine check-up..
Vet bagi ubat cacing... Mcam biasa..mule2 Vet akan timbang Manja…
Well…Manja dah 4.17kg. Ringan le jugok….. agaknye sebab Manja nie jenis yang agak particular kot dgn makanannye… Iyelah, asik nak mkn ikan rebus je… yang fresh2 je, yang dah agak2 nak berbau…jangan haraple…. Makanan Whiskas yang keras plak, amat jarang nak makan….memilih…. huhuhu…kalu die nak makan pun, bile my Hubby paksa, n nak amik hati punye fasal…Manja akan telan 2-3 biji je Whiskas tu…. Boleh bayang tak? Kucing secerdik tu??? Just utk amik hati je………….lepas tu, dia tinggalle.. huish2… :p

Ha...sambung cite balik na..
Lepas je Vet timbang, sepatutnya die akan cek badan Manja dlln.
Tapi....belum je sempat Vet wat rutinnye, 
Manja dengan nekad pecut lari turun dari meja dan berlari keluar dari bilik Vet seterusnya ke luar (dalam kawasan Pet Shop).
Naimi ape lagi..dengan payung nye, terus kejar Manja cepat2.
Tibe2 dengar bunyi....gedepang!!!! Manja terhantuk kat pintu kaca depan Pet Shop.
Mujurle pintu tertutup...kalu tak, lepas luar le Manja gamaknye.
huhuhu.......

Emmm...lepas tu, Manja menyorok belakang akuarium yang ada arnab2 comei 
dengan badan menggigil ketakutan. Dahle orang ramai masa tu.
Sume jadi saksi kejadian 'tragis' tu....
Naimi panggil2 Manja..pujuk die kuar... pelan2 Manja merangkak keluar dgn badan menggigil2.
Naimi pun pegang dan dukung Manja... Time tu, baru perasan pakat duk tengok je...
Hihihi... Manja peluk je badan Naimi kuat2...Sian die.
Hihihi...... Lawak2... Manja jangan wat lagi eh perangai macam tuh...
malu2.... (^^)


Friday, July 13, 2012

Update....


Assalamualaikum...
Wah...lamenya Naimi tak update Blog kesayangan ni...
Mujur tak naik sawangkan? Hihi.

Ok... alhamdulillah, petang semalam Naimi dah habis paper ke-4 dan yang terakhir utk sem 6 ni... Hopefully, result nanti tak mengecewakan Naimi le..sebab sem ni sume heavy subject. Huhuhu... (-_-)

Emmm... ha... Syukur alhamdulillah... sekarang Naimi dah melangkah ke satu anak tangga lagi. Naimi mule2 berjinak dengan bisnes Chahaya Beauty (CB) sebagai agen/ pengedar pada awal tahun ni..dan insyaAllah, sekarang Naimi dah jadi stokis untuk produk CB ni. Makin hari...makin mendapat perhatian dan makin menjadi pilihan ramai yang mementingkan kecantikan wajah. U all nak try tak? Boleh je PM Naimi kalu berminat.....

Boleh rujuk sini.... (CB AURA) (Treatment Cream)

                                 Lastly.....Naimi nak ucapkan welcome Ramadhan (^^)                                              
                        InsyaAllah...minggu depan, umat Islam akan mula berpuasa....                                                      
 Hemmm, tak sabarnye nak jumpa Ramadhan kali ni.

Hopefully...semua perancangan yang diatur berjalan dengan lancar dengan izinNya.
Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...