Monday, July 11, 2011

Terseliuh Tangan


Hari Sabtu, malam Ahad yang lepas
Manja terseliuh tangan kiri.
Puncanya tak tahule..
Tapi masa kejadian tu, dia ngah main2 beg laptop Naimi kat atas katil.
Maklumle…sekarang ni, Manja sudah semakin aktif…
Berat pun dah cecah 750gram…
Padahal baru je 3 bulan. Hihihi….

Masa tu, Naimi g simpan barang dalam almari.
Bila gi kat dia atas katil… dia dah bunyi2…
Selalunye Manja bunyi2 bila bangun pagi,
sebab nak keluar dari cage and kalau kuku tersangkut nak minta dilepaskan je.
Tengok2… ha… tangan kiri dah terangkat.
Takleh letak bawah….

Malam tu, my Hubby urut2 perlahan tangan die.
Bangun pagi esoknye… tangan kiri Manja dah bengkak2.
Nak pegang pun tak bagi… Siap marah2 kami lagi.
First time tengok Manja marah…
Bile my Hubby amik gak tangan die.. Manja gigit2 manja.
Bila lama2 dia geram agaknye… my Hubby bangun, die gigit Naimi.
Huhuuh… sian die… Sakit.
Sepagi…Manja tido je.. . mengasingkan diri dari kami berdua.
Tak penah2 tengok Manja susah nak gerak gi makan...
Tak penah tengok dia benti dari main2 ngan kami...

Kul 12.00 pm, hari Ahad tu kami bawa gi Vet di Presint 15.
Alhamdulillah... mujurle terseliuh biasa.
Takut jugak kot2 patah, sebab dah bengkak2 tangan die.
Vet kasi ubat tahan sakit.
kebetulan, mata die duk keluar air.. Vet bagi ubat mata jugak.

 Manja dengan tikusnye (**)

Balik je umah lepas tu, Manja tido lama gile.
Dekat 1 Jam lebih. Lali ubatle tu.
Lepas je bangun, alhamdulillah... 
Manja dah berani letak tangan kiri atas lantai.
Terus aktif semula...
Ish2.... tak sabar2 betul nak main2 ngan kami.
Habis tangan dan kaki kami ditangkap2 nye.
Hihihi.... 

Mujurle Manja cepat sembuh.
Tapi still bwh pengawasan kami, 
sebab takut sakit lagi kalu dia tak rehat 2 atau 3 hari.
Manja ingat dah hilang le sakitnye...
Aktif bukan main. Siap panjat2 lagi.
Hihihi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...