Friday, July 01, 2011

28.06.2011


Naimi tengah melembut2kan tangan dan kaki Lana sebelum betul2 keras.
Masa itu, kami laki bini, dua2 menangis…


Pagi 28 Jun 2011, lebih kurang jam 6.15 a.m, Naimi dah selesai siap2, tinggal nak pakai tudung je. Rutin harian sejak ada Lana dan Manja, tiap2 pagi sebelum Naimi g keje, mmg Naimi akan gi kat depa and cuci2 mata Lana and Manja + bagi depa makanan kau dah lapar. Lepas tu, Naimi akan biarkan depa main2 kat dalam rumah dengan bebas (sebab depa ni dah pandai buang air kat dalam pasir…..)

Tapi, tak tau le kenapa…pagi tu masa duk jalan nak p kat sangkar depa, rasa berdebar2 sangat…. Tapi hati duk menafikan je.. Bile sampai je kat situ… Naimi nampak Manja yang sedang perhatikan Naimi dah bangun + Lana yang sedang berbaring seperti kekejangan. Ya Allah…. Bile mendekati Lana je, terus tumpah air mata tanpa dapat ditahan2 lagi… Manja pun diam je time tu, sebab slalunye dia la yang paling bising kalu Naimi/Hubby sampai depan dia pagi2 macam tu, sebab nak kuar.. Naimi terus buka pintu cage depa and pegang badan Lana yang kesejukan… Lana dah pergi…. Dalam keadaan mulutnya menggigit palang cage.. Sayunye hati Naimi time tu. Naimi terus panggil Hubby… Hubby datang tengok Lana… Dia terdiam dan ada titisan2 air mata meniti di pipi… Tanpa dapat ditahan2 lagi, Naimi trus menangis lagi….sekuat hati… Tak mampu nak tahan sedihle… Bak kata Hubby , Lana dan Manja adalah sebahagian dari hidup kami berdua.. Dah dekat di hati kami. Sebuah kehilangan yang amat….

Dalam kesedihan itu, Naimi dan Hubby berusaha nak buka mulut Lana yang menggigit palang tu. Mujurlah masa gi kursus jenazah hari tu, Naimi teringat Ustaz da citer yang kalu jenazah tu dah kaku, boleh guna minyak baby untuk lembutkan anggota badannya… Urut perlahan2… Cuba betulkan apa yang bengkok. Naimi try wat kat Lana… usap2 minyak tu kat mulut dia…dan Alhamdulillah…Hubby berjaya buka mulut Lana.

Lepas tu, Naimi pun pangku Lana… usap badan dia. Manja kat sebelah Naimi masa tu. Ya Allah…Kau dah ambil Lana… bile kami pegang bahagian badan Lana, kat perut dia… masih panas lagi. Agaknye Lana baru je takde…. Manja pula dengan reaksi yang terkejut. Bunyi pun tak…
Asik tengok je Naimi dan Hubby dengan Lana. Agaknya dia masih terkejut…. 
Tapi, dia tahu…Lana dah takde.

To be continued....



2 comments:

  1. Ya Allah..sedih sy baca. baru saya faham.

    ReplyDelete
  2. Ima : Betul, Ima.... Kawan2 Naimi yang tak penah jumpa Lana dan Manja pun nangis bila dengar cite ni... huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...