Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, July 14, 2011

Ya Allah... Semuanya berada di bawah kekuasaanMU..


Pagi ni, Naimi baca blog kawan Naimi.. Farehah.
Sangat2 tersentuh hati bila beca entry yang kawan2 leh baca kat bwh nanti.

Memetik kata2 yang slalu kite dengar..
" Janganla kita menyombong dengan apa yang Allah kurniakan
kepada kita, kerna semuanya tidak kekal...itu semua HAK ALLAH. 
Dia boleh amik semula bila2 masa sahaja..."

Humm... kelu seketika untuk menulis sebarang perkataan.
Tak tau nak mula macamana.

Naimi akui... Naimi slalu rasa diri ini sangat2 down..
puncanya, Naimi agak tertekan kerna walaupun usia perkahwinan kami dah lebih 2 tahun,
kami masih belum ada zuriat sendiri.
Allah swt menguji kami berdua hebat sekali.
Sampai... satu ketika dulu, Naimi dikecam kuat 
sebab bagi  'dia', Naimi belum layak bersuara tntg rumah tangga
sebab Naimi takda anak pun...
Sedangkan 'dia', sangat2 berbangga kerna mempunyai anak2 yang ramai dan berjaya.
Lama betul masa yang Naimi amik untuk kembali pulih bagi menghadapi apa 
yang ada dihadapan Naimi...
Namun...semua itu di luar batas kemampuan kami suami isteri.
Kami hanya mampu merancang.. 
Namun Allah jualah sebaik2 perancang dan lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. 

**************************************************
Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.

Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.
Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan*
I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan.

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...
Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)
Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.


Permata hati Norma dan Talib… Rafiq
Norma yang terlantar sakit
 Suami yang setia di sisi

**************************************************

 Naimi bukanlah penulis yang hebat..lebih2 lagi selepas baca kisah sedih tu.
=(
jadi... kawan2 bolehlah menjenguk SINI, untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Pengajaran yang Naimi dapat kupas kat sini ialah:

1. Hargailah insan2 tersayang di sisi anda, 
kerna kita tidak tahu sampai bila mereka akan bersama kita.
2. Bersyukurlah dengan apa jua yang diberikan olehNya...
usah takabbur dan berasa hebat, kerna semuanya adalah pinjaman semata-mata.
3. Bersabarlah dengan semua ujian daripadaNya..
serta ikhlaskan lah diri dalam menerima ujian itu.
4.  Bantulah insan yang memerlukan seupaya kita...
5. Kasih ibu dan anak takkan putus selama-lamanya..
6. Usahlah bersedih dengan kesusahan hidup kita, 
kerna di luar sana mungkin ada lbh ramai lagi yang menderita..

InsyaAllah... ada  hikmah di sebalik semua kejadian ciptaanNya. 
marilah kita semua mendoakan yang terbaik untuk Norma dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...