Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, December 28, 2011

Dalam Kenangan


Dulu…kira2 sebulan lepas, Naimi bawak dua ekor anak kucing ke Vet di Presint 15. Kesian, tak tahan tengok keadaan kurap yang menyerang dua2 ekor kucing tu… Sampai mata tak bapa Nampak… memang teruk sgt kurap depa dua tu. Bayangkanlah…. Setiap pagi turun lif, mesti depa dua duk bunyi2 depan pintu lif… Sian kan?

Dek kerana perasaan kesian sgt2 tu, Naimi bawa dua2 ekor kucing tu jumpa Vet, dan diberikan suntikan. Alhamdulillah…seminggu je… daripada kurap satu badan (tak ingat nak amik gambar), dah hilang dan semakin cute je. Beberapa minggu lepas tu, salah sekor kucing dah hilang…maybe ada org amik bela kot, sebab dah comei. Tinggalle sekor je lagi….

Actually, kerap jugak Naimi dan Hubby akan g jengok ‘port’ melepak kucing2 kat bwh apartment Naimi…. Satu malam tu…Naimi tengok, kucing tu kakinya mcm patah… Sian…. Terjengkit2 jalan…. Dalam hati, berdoa supaya die cepat ok.

Beberapa hari lepas tu, Naimi g conference kat PD, tdo sana dalam 5 hari. So, memang tak sempat nak g tgk kucing tu… Balik je, malam tu, tgk2….. kucing tu dah mati……. =(
Sedih2…. Die mati dlm kotak kasut…. Mungkin tak mkn…. Tak da kudrat nak gerak untuk bangun..
Takpelah sayang…sekurang2nye dia tak sakit melarat….. (rasa sayang pulak, wlpn tak jaga kucing tu. Lagipun, kucing tu mcm dah kenal kami seb kami selalu g tgk2 die dari kecik2 lg).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...