Monday, August 06, 2012

MENANG SOKONG..... KALAH KUTUK....


Assalamualaikum.. dan Salam Ramadhan yang ke-17.
Semoga semakin hari semakin bertambah iman dan amalan kita semua.. InsyaAllah.

Emmm…nampaknya hot TOPIK  hari ni, semestinya tentang kekalahan Dato’ Lee Chong Wei dan kempunan nak merasa BR ataupun nak dapat cuti free kan? Hihihi… Lawak2…

Macam2 pandangan orang kan? Emmm.. well2, semuanya pandangan semata2.
Semua orang berhak memberi pandangan masing2… Ada yang masih menyokong DLCW dan tak kurang ramainye ada yang menyumpah seranah marahkan DLCW atas kekalahan beliau dalam game FINAL Single Badminton Match di Olimpik 2012 malam tadi. Well2…. It’s just an opinion.
Kalah ke....memang ke, masing2 sibuk nak mengomen kan??? Biasalah.... :) 
[HOT fm pun bincang topik ni pagi tadi....]

Dek kerana itu, Naimi sendiri terpanggil nak berikan pendapat, pandangan serta apa2 jele yang seumpama dengannya berkaitan isu HANGAT nie. 
Nak setuju atau tak, terpulang kepada masing2 sebab..... (pikirle sendiri.hahahah)


Bismillahhirrahmanirrahim…
Pertama-tama sekali Naimi nak ucapkan TAHNIAH kepada HERO badminton Tanah Air kite, 
Dato’ Lee Chong Wei atas kemenangan beliau meraih pingat perak dalam game malam tadi.
Sedih sangat2…berkecai harapan dan impian kita nak dapat EMAS PERTAMA untuk Olimpik kali ni.. Tapikan… apalah sangat kesedihan dan kehampaan kite tu, jika  nak dibandingkan dengan perasaan Dato’ Lee Chong Wei sendiri. Beliau lagilah sedih…kan? Kan?

Emm.. kalu Naimi kat tempat die pun Naimi akan menangis. Bahkan mungkin lebih teruk kot. (padahal malam tadi memang dah menangis dah...dlam hati je...)
Sedih sebab tewas di tangan musuh tradisi (malas nk mention nama). 
Tapi…apakan daya. Dato’ Lee Chong Wei dah bjuang habis-habisan dah kan? 
Dia bukannya kalah TAK MELAWAN.  Dia tak menyerah kalah...
Kalah BERMARUAH hokey???
 Kalu korang tak setuju pun, I DON’T CARE… coz bagi Naimi (Hubby jugak) die dah main bsungguh2 dan performance yang ditunjukkan sangat2 memBANGGAkan kami 
as MALAYSIAN citizen.
 Jom kite berSYUKUR...

Berat betul bebanan yang harus Dato’ Lee Chong Weipikul untuk raih EMAS pertama Negara….  :(  
Sah2 kita semua HARAPkan dia je untuk menang kan? kenapa tak harapkan atlet2 lain? 
(kalu atlet2 sukan lain kalah...tak BUNYI pun kan....huhu)
Tak hairan la kalu Dato’ Lee Chong Wei menangis malam tadi.... EMAS bukan miliknya.
Kalu tak silap, malam tadi adalah game TERAKHIR Dato’ Lee Chong Wei, coz dia dah nak bersara...
Hemmm.... jauh di sudut HATI..harap sangat2 Dato’ Lee Chong Wei batalkan NIAT die tu dan terus bermain untuk MALAYSIA....  Plz2......... 
(kite ada ke pelapis nak ganti Dato’ Lee Chong Wei?hummm)


Naimi sebagai salah seorang peminat SETIA badminton Malaysia tetap BANGGA dengan performance Dato’ Lee Chong Wei malam tadi… Wehhh….even after cedera teruk masa match sbelum ni, dia mampu sampai ke FINAL, kire ok sangat le. Ko ada? Takde kan? Hahahah…
(tibe2 teringat masa badminton match zaman sek menengah dulu..Naimi langsung tak bagi my Hubby datang tengok game Naimi, sebab Naimi tak leh main nanti bile die ada....hihihihi . Sian my Hubby....dah datang, TERpaksa balik je...)

So….moral of the story, jangan pandai cakap je ….. Penah ke korang masuk badminton match mana2? Penah rasa perasaan bile kalah di saat2 hampir mendapat kemenangan? Well2…. Berbalik kepada adat pertandingan, setiap game ada KALAH dan MENANG. 
Mana blh dua2 nak menang. Kan2?

Semangat  Dato’ Lee Chong Wei harus dipuji dan diikuti
iaitu berjuang habis-habisan sampai ke keringat terakhir...
jangan mengaku kalah walaupun kekalahan berada di depan mata..
Jangan putus asa!

Hemm.... di Bulan Ramadhan ni,  elok benarlah kite sama2 kikis 
sikap MENANG SOKONG, KALAH KUTUK tu....
 (peringatan utk diri sendiri)
Semoga kita semua dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Sekian, coretan untuk hero BADMINTON... 
(sorila kalu agak beremosional coz Naimi memang tak suke org kutuk2 my ADORABLE game..huish...lega!)

P/S :
 1) Lama giler my Hubby & Naimi tak men badminton...huhuhu.... Bile ek nak start men balik ni. (^^)
2) Naimi tak minat mana2 sukan lain dari kecik lagi.... hanya BADMINTON di hatiku. wakakakaka! 
3) Memang dari kecik lagi...zaman Razif & Jalani Sidek men badminton lagi tau Naimi ADORE badminton. Ask my AYAH!!! hahahha.... dia lebih tahu.

Majulah Badminton Untuk NEGARA.




2 comments:

  1. Saya setuju! Saya juga amat berbangga atas kejayaan Dato' Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik 2012 ni walaupun dapat pingat perak. Saya begitu kecewa tetapi saya tetap akan sokong Dato' Lee! Saya juga harap dato' Lee Chong Wei tak bersara lagi...

    ReplyDelete
  2. Saya juga amat berbangga atas kejayaan Dato' Lee walaupun hanya dapat pingat perak. Saya tetap akan sokong Dato' Lee! Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...