Thursday, March 15, 2012

CB AURA

CHAHAYA BEAUTY AURA
FACIAL BAR

40gm : RM20

Kesan Penggunaan : Menanggalkan kotoran serta minyak berlebihan sambil mengecilkan liang-liang pori wajah anda. Mencerahkan kulit selain daripada merawat jerawat serta jeragat. Sesuai untuk semua jenis kulit bagi lelaki dan perempuan.

Cara guna : Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air. Setelah itu, ambil Facial bar dan gosok di tapak tangan anda sehinggalah anda mendapat buih darinya(sabun jangan pekat, banyakkan buih). Kemudian letakkan buih yang anda dapat dari Facial bar ini ke muka anda. Ratakan ke seluruh bahagian muka, gosok dengan lembut selama 20-30 saat. Selepas itu bilas dengan bersih.

CHAHAYA BEAUTY AURA
TONER

60ml : RM30

Kesan Penggunaan : Mengandungi Ekstrak Witch Hazel untuk menyamankan dan menyegarkan kulit wajah anda. Mengimbangi tahap pH kulit juga bertindak mengecikan liang-liang Roma kulit muka anda. Serta meratakan tona kulit muka anda.

Cara guna : Selepas membersih muka dengan sabun Chahaya Beauty Aura, Tuangkan Toner Aura pada kapas muka dan disapu rata pada Keseluruhan kulit muka dengan cara dari bawah keatas (elakkan menyapu di kelopak mata). Digunakan pada waktu siang dan malam.
 
CHAHAYA BEAUTY AURA
DAY CREAM


5gm : RM35

Kesan Penggunaan : Melindungi wajah anda dari sinar UV, Mencipta kulit wajah yang mulus, mengembalikan keayuan serta kejelitaan semulajadi kepada wajah anda. Krim pelindung UV ini juga boleh membantu mencerahkan kulit anda.


Cara guna : Sapukan krim secara nipis keseluruhan kulit muka selepas menggunakan Toner Aura.

Kesimpulannye.........

Perkara utama yang perlu ada sudah tentulah Facial Bar, Toner dan Cream Moisturizer. Jika anda belum mempunyainya lagi, apa tunggu lagi, dapatkan segera.
  1. Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air.Setelah itu, ambil Facial bar dan gosok di tapak tangan anda (sabun jangan pekat, banyakkan buih) sehinggalah anda mendapat buih darinya. Kemudian letakkan buih yang anda dapat dari Facial bar ini ke muka anda. Ratakan ke seluruh bahagian muka (jangan Scrub), terutama bahagian yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, dan sebagainya. 
  2. Setelah itu bersihkan wajah anda dengan air bersih. Lap sehingga kering.
  3. Sapukan toner ke muka anda menggunakan kapas muka sehingga ke leher. Sapukan nipis-nipis menggunakan kapas muka(elakkan menyapu di kelopak mata). Sapukan 1 kali sehari waktu pagi sahaja.
  4. Sapukan cream mouisteriser ke muka anda perlahan-lahan sehingga rata.Dinasihat sapu juga ke leher supaya tone warna kulit adalah sama dengan wajah anda.
  5. Disyorkan untuk anda menggunakan produk ini 2 kali sehari (toner 1 kali sahaja/pagi) (pagi dan petang / malam) untuk mendapatkan hasil yang maksimum ke atas kulit wajah anda.

 Kesan Selepas Penggunaan:
Kesan dan tindak balas berikut mungkin berlaku keatas anda. Itu adalah perkara biasa yang mana jika ada kesan dan tindak balas maka itu bermakna produk yang anda gunakan benar-benar memberi kesan.
1. Kulit menjadi kering
Lapisan kulit mati akan terbentuk hasil dari pembentukan dan penghasilan sel baru. Ini akan membawa kepada lapisan tersebut tertanggal. Untuk mengurangkan masalah ini, gunakanlah cream mouisterier lebih.
2. Kulit menggelupas
Kulit baru terbentuk dan ini menyebabkan kulit lama yang telah mati akan mula tertanggal. Kebiasaannya dapat diperhatikan kepada jenis kulit biasa dan kering. Kemungkinan juga akan memakan masa yang lebih, bergantung kepada kulit individu. Teruskan penggunaan.
3. Tumbuh Jerawat (jarang-jarang berlaku)
Itu adalah salah satu proses "detox" atau menyah toksin. Jerawat akan hilang dalam masa singkat, walaubagaimanapun bergantung kepada kulit individu

Seeloknya anda menggunakan produk dengan cara yang betul dan berterusan, seperti mana yang telah diterangkan diatas. Ini akan memberikan hasil yang maksimum kepada kulit anda. Jangan gunakan produk lain sekiranya menggunakan produk ini, kerana ia boleh mengganggu proses rawatan yang dijalankan.
 

Kredit info from : http://eila-chahayawhitening.blogspot.com/p/chahaya-whitening.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...