Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, January 27, 2011

Cuti Ke??


Sedihnyer……….. Kalu ikut plan asal, Naimi dan Hubby akan berada di kampong lebih kurang 9 hari iaitu sampai habis cuti raya Cina.. Iyelah cuti Naimi and Hubby dah approved awal2 lagi. Tup2 semalam, Hubby dapat tau cuti dia kena slash pulak… huhuhuhu… Jadinya kami terpaksa balik ke Putrajaya pada 3 Februari nanti, sebab 4 Februari my Hubby dah kena masuk keje. 

Hermmmm… nak cakap lebih2 pun tak blh la. Benda yang tak dapat nak diduga sama sekali. Inilah dugaan dan cabaran bagi orang2 yang bekerja ikut shiff. Pada mulanya Naimi tak mahu balik sini awal, suruh Hubby balik sorang2 dulu. Tapi bila difikir2kan balik, kesian lak hubby balik sorang2 nanti…. Dahla duk asik tunjuk muka minta simpati jew..huhuhu.

Takpelah, think positive sudah. Lagipun, ada kebaikannya jugak. Kalu kami balik awal, sempatla Naimi study2 dulu memandangkan banyak test yang sudah tersusun ‘indah’ selepas Tahun Baru Cina. Takdalah Naimi bosan sangat duk kat umah nanti, sebab dah sah2 la kalu balik kampong takkan study punye. Yang paling penting, kebaikannya ialah kami takkan tersangkut dalam kesesakan jalan raya!! Hihihi…. Mungkin inilah hikmah di sebalik semua perancanganNya. Alangkah indahnya susunan Allah…



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...