Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, January 06, 2011

Jeritan Dari Luar Rumah

Assalamualaikum

Ermmm, beratnye mata ni… Mengantuk lah pulak. Nak kata semalam Naimi banyak sangat tido, biasa2 aje. Semalam Naimi tak masuk opis, MC sebab kureng sihat. Rutin setiap bulan…huhuhu. Oh ya, sebenarnya Naimi nak cite something yang terjadi kat umah Naimi malam tadi, waktu Maghrib..  


Citenya macam ni… Kak Shidah kat opis Naimi ni ada kenalkan sorang pakcik yg duk berubat kat Kulim. Kiranya dia ada ilmu jugakla… katanya insyaAllah dia blh watkan dari jauh, dengan izinNya. Adalah beberapa barang yg pakcik tu suh kami sediakan iaitu, beras, kunyit, lada hitam dan tahi besi. Petang kelmarin, dalam 6.45ptg, dia suh campurkan semua bahan2 tu dlm satu bekas dan letak atas sejadah. Kata pakcik tu, dia akan wat selepas dia solat maghrib. 

Lps je selesai dia wat..dia terus kol my hubby utk bagi direction seterusnya. Pada mulanya pakcik tu dah berpesan supaya kami berhati2 sebab cara yg dia watkan ini hanya lah utk menghalang gangguan je, sebab dia tak blh buang terus dari jauh. Lagipun, katanya dia takut kalu2 benda tu akan mengamuk bila wat cara ini.

Naimi rasalah kan, pakcik ni boleh Nampak dari jauh… Tapi wallahua’lam lah dia pakai ilmu apa. Menurut cerita kwn opis Naimi, dia org yg agak berilmu jugak…berubat menggunakan kaedah rawatan Islam dan ayat2 suci Al-Quran, selain dari latar belakangnya yg jenis tak tinggal solat serta rajin ke masjid.  Bukan apa, malam sebelum kejadian semalam, dia cakap dia blh Nampak lagi benda tu duk kat mana dan buat apa dalam umah Naimi tu…huhuhu….

Berbalik kpd cerita malam tadi, macam yg dijanjikan, lebih kurang jam 8.00 malam, pakcik tu kol my hubby lagi. My hubby amik bahan2 atas tikar sejadah tadi. Pesan pakcik tu, mulakan dengan pintu utama, baca bismillah 7 kali, al-Fatihah 7 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 7 kali. Waktu my hubby tengah baca al-Fatihah, kami sama2 terdengar perempuan mcm kena hysteria menjerit mcm mengilai2 sayup2 kat luar rumah, pintu depan umah. Naimi and hubby pun saling memandang, namun bacaan masih tetap diteruskan. Lama jugakla jeritan tu… Lepas tu, hubby start tabor keliling rumah bahan2 tadi dari pintu utama, keliling umah berakhir sehingga pintu utama jugak… 

Lepas tu, apa lagi…umah kami dikelilingi bau-bauan kunyit la…. Habis tapak kaki kuning2, sampai sekarang ni ha…. Selepas habis tu, hubby terus gi mandi, Naimi lak duk atas katil dlm bilik. Pas tu, Naimi dgr lagi mcm perempuan terjerit kena hysteria, Cuma kali ini sekejap je…. Pastu terus sunyi sepi…. 

Lebih kurang pukul 9.00 malam, kami siap2 gi makan kat luar... sebab lepas tu my hubby nk g drift. Kalu ikutkan hati tak nak Naimi ikut hubby g drift sebab badan tak brapa sihat, namun mengenangkan keadaan rumah tu, Naimi ikut jugakla…

Masa nak tido semalam, kami berdua tak blh nak tido langsung. Tak tahu pukul berapa tertido sebab Naimi mcm tak tido je… Kata hubby pagi tadi, dlm kul 4 pagi baru dia dapat lelapkan mata. Naimi? Huhuhu….

Pagi tadi masa ngah breakfast, hubby kol. Dia kata, pakcik tu kol tadi.... tanya mcamana keadaan kami semalam.. takda gangguan etc ker?…. My hubby pun citerla terdengar perempuan mcm kena hysteria, sebab kitorg assumed benda tu gi ganggu jiran. Rupa2 nya tekaan kami salah. Kata pakcik tu, sebenarnya jeritan yg kami dengar tu, adalah jeritan benda tu… Benda tu menjerit sebab kami dah pagarkan umah dan benda tu ada kat luar umah depan pintu. Huhuhu…. Tegak bulu roma ni… Macam real je jeritan yg kami dengar semalam tu… Macam tak percaya… hummm.. Wallahu’alam. Pastu hubby bgtau pakcik tu, yg Naimi tak dapat tido semalaman. Then pakcik tu pesan suh letak botol berisi air atas sejadah jugak petang ini, lps dia solat maghrib, dia buatkan air penawar dr jauh…then Naimi minum. 

Ermmmmmmmmmm……. Oklah setakat ni je dulu cite yg dapat Naimi kongsikan. Any comments or cadangan atau ape2 pun amat2lah Naimi harapkan dan alu2kan….

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...