Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, May 04, 2011

Rajuk Jiwa Menanti Permata

Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.
Alhamdulillah, Naimi merasa sedikit lega dan tenang setelah menonton program Semanis Kurma sekitar awal bulan April dulu, kalu tak silap le.
Heheh… Lama sangat bertangguh nak wat entry ni, lupe dah…

Topik hangat yang membincangkan persoalan2 dan dilema2                                                              
 yang dihadapi oleh suami isteri yang masih belum dikurniakan permata @ zuriat.

Apa yang Naimi dapat rumuskan daripada program itu :

1)   Doa oleh IBU kepada anak2nya yang sudah berumah tangga adalah sangat penting. Seseorang IBU tak kisahle sama ada mertua atau ibu sendiri haruslah sentiasa mendoakan supaya anak2 mereka memperoleh cahaya mata yang soleh dan solehah, dan bukannya mendesak atau memberikan tekanan kepada anak2 mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar doa2 dari seseorang IBU.
2)      Lakukan aktiviti2 @ program2 yang berfaedah dan menggembirakan.                                 
Bagi mengelakkan fikiran daripada terus menerus memikirkan soal zuriat,                       
lebih baik alihkan sementara waktu perhatian dan fikiran dengan melakukan aktiviti2 yang tidak membebankan dan menstress kan diri sendiri. Stress juga salah satu punca kesukaran mendapatkan zuriat.
3)     Lakukan aktiviti2 yang menenangkan jiwa. Misalnya memperbanyakkan berzikir, berdoa, membaca Al-Quran dan menunaikan solat2 sunat. Banyakkan doa memohon kepadaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4)     Sokongan dan semangat daripada SUAMI. Selalunya si isteri lebih tertekan dalam memikirkan soal zuriat. Oleh itu, suami haruslah sentiasa berada di sisi isteri dan tak putus2 memberikan kata2 semangat dan sokongan moral kepada isteri. 
Yang lebih penting, jangan putus harap dan jangan putus doa.
5)     KERJA bagi ANAK itu adalah kerja dan urusan ALLAH SWT, bukannya suami. Jadi sebagai pasangan suami isteri, jangan menyalahkan sesama sendiri dan jangan merendah diri. Seandainya kedua2 suami dan isteri tiada sebarang masalah kesihatan, itu bukannye jaminan untuk memperoleh zuriat kerana sumenya kerja ALLAH SWT semata2.
6)     Jangan bersedih sekiranya Dia masih belum mengurniakan nikmat bergelar ibu dan ayah, sedangkan orang lain sudah mengecapinya terlebih dahulu. Ini adalah kerana anak itu BUKAN lah jaminan sebuah kebahagiaan. Tak semestinya banyak anak, kita akan bahagia. Dan tak semestinya apabila dapat anak, anak itu adalah anak yang soleh.
7)     Bersangka baik dengan ALLAH swt selalu.
8)     Perbanyakkan sedekah, qiam dan juga puasa sunat.
9)     Antara doa2 yang boleh diamalkan ialah Surah Al-Imran ayat 26, 27 dan 38. 
Surah Al-Anbiya ayat 89.

Seandainya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan, sori ye sebab sumenya adalah berdasarkan daripada rumusan yang dapat Naimi wat setelah menonton program itu.
Namun begitu, Naimi harap dapatle berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang perkara ini,
sebab Naimi adalah merupakan salah seorang isteri yg sangat stress bila memikirkan soal zuriat ni.

InsyaAllah, Naimi takkan berputus harapan dan akan sentiasa bersangka baik dengan apa jua 
ketetapan daripadaNya untuk Naimi dan suami.
Kepada yang senasib dgn Naimi juga, sama2lah kita berdoa kepadaNya supaya kita akan dikurniakan "PERMATA YANG BAKAL BERSINAR DI DUNIA DAN DI AKHIRAT"

Sesungguhnya perancangan ALLAH swt itu lebih baik daripada perancangan kita,                                           yang cuma hambaNYA.

Sesungguhnya DIA tidak akan menguji hamba2Nya di luar batas kemampuan mereka.


  Umar al-Fateh
Tempat menumpang kasih
Umar Rifqi (Anak sedara)


P/S: Alhamdulillah.... bertambah tenang bila mendapat tahu, Naimi tak da masalah utk pregnant.
My Hubby pun alhamdulillah.. InsyaAllak OK.
Cume tatau rezeki cepat atau lambat je...
Doakan kami ye (**)

3 comments:

  1. naimi dila doakan tuk korang mengecapi saat ni juga kay....allah mmg maha mengetahui yg baik n buruk tuk hambanya....even korang msh belum dikurniakn chy mata korang looks so romantic n bahagia tau..naimi sgt bertua tentang itu....doa n usha lagi kay....



    witz luv
    dila

    ReplyDelete
  2. xpe2..Allah bagi lama sket naimy menanti sebab Allah nak bagi yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. Thanks Dila.... Anis.... atas sokongan dan doanya.... (**)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...