Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, August 19, 2011

Tak Dapat Ker?


Hah???
Tak dapat CUTI RAYA kali ni?
Biar betik……………………
Aduuuiii….mengalahkan kerja beruniform lah pulok kan…


********************************************
 *
*
*
*
*
YBhg.Datin/tuan/puan

Sukacita dimaklumkan semua permohonan cuti yang dirancang telah diluluskan oleh YBhg.Dato’ Ketua Bahagian Penasihat. Oleh yang demikian, tuan/puan bolehlah memohon cuti sama ada melalui HRMIS atau mengisi borang 
( pegawai kontrak atau pegawai yang belum ada HRMIS) dari sama ada Ketua Unit/TKBP/KBP, mana-mana yang berkaitan. Semua permohonan cuti hendaklah dikemukakan kepada pegawai atasan berkaitan untuk disokong dan diluluskan selewat-lewatnya pada hari Khamis,  25 Ogos 2011.

2. Permohonan cuti hendaklah mengikut  jumlah hari yang diminta seperti mana permohonan di dalam jadual asal. 

Sekian. Terima kasih.

****************************************************************
Aduh....... buat gelabah jer....
Nasib baik LULUS.... kalu tak............... 
Uweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... Menangis tak berirama ler jawabnyer.

So.... ikut perancangan, kami akan pulang berhari raya pada 29.8.2011 hingga 1.9.2011, 
walaupun Naimi masih bercuti pada 2.9.2011.
My Hubby keje sebelah petang ler 2.9.2011 tu....
Kenelah balik awal.

Takperlah...janji boleh balik kampung, beraya bersama keluarga di sana.
Ni yang jadi tak sabar nak g SHOPPING raya hujung minggu ni.
Hihihi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...