Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, August 04, 2011

Tip BEST Di Bulan Ramadhan


Tip yg nk Naimi kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat
 setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula
 matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Membaca al-Qur’an adalah seafdhal-afdhal ibadat sehingga disebut bahawa al-Qur’an itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran."


Contoh 1
> Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
> 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
> Letakkan no 2 selepas jawapan.
> Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
> Sekarang lihat pada Quran dan anda akan 
lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
  82.
 
>Contoh 2
> Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
> 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
> Letakkan no 2 selepas jawapan.
> Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
 
>Contoh 3
> Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
> 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
> Letakkan no 2 selepas jawapan.
> Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Macamana... hebat kan?
Hummm.... Sharing is Loving.
Ermmm, sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni,
marilah kite sama2 memperbanyakkan bacaan Al-Quran 
dan merebut pahala2 yang telah dijanjikan oleh Allah swt.
InsyaAllah....semoga kite semua mendapat keberkatan dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
* Amin *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...