Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, August 01, 2011

Tazkirah Ramadhan


Firmah Allah: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa”(Al-Baqarah:183)

(Input)           (Proses)                   (Output/End Result)
Iman   +   Puasa/Ramadhan     =         Taqwa

Ramadhan merupakan suatu proses/tarbiah dalam membentuk peribadi insan bertaqwa. Maha Pengasihnya Allah dengan menyediakan ‘modul-modul’ untuk diamalkan oleh manusia untuk memperbaiki diri sehingga mencapai taqwa dengan hikmah-hikmah yang terkadang tidak kita sedari, antaranya seperti yang berikut:

1.        Niat
Melalui berpuasa, Allah mendidik kita untuk memulakan sesuatu dengan niat. Sesuatu ibadat perlu kepada niat untuk menjelaskan hakikat sebenar penyerahan diri sebagai hambaNya;

2.      Solat Tarawih
Kita lihat hikmah di sebalik anjuran solat tarawih yang sunat pada bulan Ramadhan, ramai manusia berbondong-bondong ke masjid/surau, sedangkan solat-solat wajib seharian tidak dilakukan berjemaah/ke masjid atau surau (pada bulan lain). Tarawih di masjid menunjukkan bahawa masjid merupakan paksi orang bertaqwa. Allah mentarbiah orang-orang beriman 30 hari berada di masjid supaya merasai suasana taat dan taqwa, kerana di masjid kita menjaga adab, tertib, tidak mengumpat dsb. Moga suasana masjid itu terkesan pada diri kita dalam membangunkan peribadi bertaqwa dan seterusnya mengikat hati kita kepada masjid;

3.      Sahur
Sahur sebelum subh mentarbiah kita untuk bangun 1/3 malam. Bukanlah sahur itu tujuannya untuk makan semata-mata, malah hendaklah kita berniat untuk bangun solat-solat sunat yang meningkatkan iman dan membina kekuatan diri. Moga amalan sahur boleh mendidik kita utk bangun mencari redhaNya di 1/3 malam;

4.      Puasa
Puasa merupakan ibadat teras dalam bulan Ramadhan. Terdapat 3 jenis puasa iaitu-
(i)                puasa yang menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa;
(ii)              puasa yang menahan diri dari perkara yang mengurangkan pahala puasa; dan
(iii)                        puasa yang dijalankan dengan hati yang tidak pernah kosong mengingati Allah; iaitu dengan sifat ihsan (melakukan sesuatu seakan-akan Allah melihat kita).

5.      Iftar/Berbuka puasa
“...Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan (iaitu) kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Seorang yang berpuasa mendapatkan kegembiraan ketika berbuka kerana ia telah menyempurnakan puasa dan mendapatkan keringanan dari Allah sebagai pertolongan untuk berpuasa pada hari berikutnya

6.      Lailatul Qadr
Lailatul Qadr merupakan hadiah Allah kepada orang bertaqwa yang beribadat dengan bersungguh-sungguh sepanjang bulan Ramdhan, khususnya di 10 malam yang terakhir. Ia antara satu jalan untuk memanjangkan usia beramal, iaitu mensasarkan pahala orang-orang yang berumur pendek, agar sebanding dengan pahala manusia terdahulu yang ratusan tahun umurnya. Ini kerana di malam laitul qadr kebaikan yang dilakukan dicatat Allah seolah-olah dilakukan selama 83 tahun 4 bulan (1000 bulan). Alangkah beruntungnya jika kita dapat menemuinya dengan hati yang ikhlas demi mendapat keredhaanNya jua.

7.       Zakat Fitrah
Selepas berakhirnya ramadhan, kita wajib membayar zakat fitrah sebagai pelengkap hablum minallah dan hablum minannas (hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia). Perlu diingat setiap rezeki yang kita peroleh, ada hak orang lain ke atasnya.

Puasa di bulan ramadhan bukan bertujuan untuk mengejar malam lailatul qadr atau berhari raya semata-mata, ia adalah satu proses yang perlu kita lalui untuk mendidik hati kita untuk merasai taqwa kepada Allah sebagai end result. Sekiranya amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini tidak memberi kesan apa-apa kepada hati kita, maka untuk kesekian kalinya kita menjadi hamba yang rugi dan mensia-siakan rahmat & kuniaNya.

Selamat Berpuasa dan beramal..Moga kita mendapat keredhaanNya selagi diberi kesempatan dan peluang. Andai ini Ramadhan yang terakhir, mohon kiranya Engkau menerima amalan kami ya Allah..amin

Ramadhan Kariim..

Salam Ramadhan dari Naimi&Hubby buat semua (**) 
Alhamdulillah.... masuk tahun ni, dah 3 tahun, 
insyaAllah...Naimi sambut bulan Ramadhan dgn Hubby.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...