Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, June 09, 2011

CONTEST PHOTO COUPLE : 'WE ARE NOT PERFECT'



Lama betul Naimi tak join blog contest.
Ermmm… tapi bila ternampak contest nie dalam blog Nana, Naimi rasa tertarik plak nak join.
Jom join ramai2 nak? U all sume mesti ada bermacam2 love story… Share le….

To join, click banner atas tu ye.

DUE : 30 JUN 2011


Ahmad Faiz ** Nurul Na'imi
 
Kami berkenalan sejak sekolah menengah lagi..
Masa tu, my Hubby terpandang Naimi kali pertama pada tahun 1999 (Orentasi Form 1).
Tapi…. Naimi tak penah perasan kewujudan my Hubby, sampaile kami form 2.
Kat sekolah kami, ada 2 kelas untuk aliran agama.
Naimi Form 1 Arif, my Hubby Form 1 Bijaksana.
Bila masuk form 2, my Hubby dah sekelas ngan Naimi, iaitu 2 Arif.

Masa form 2, my Hubby duduk meja line depan sekali. Naimi pulak line ke2 dari belakang.
Jarak meja kami tak jauh mana sebab sikit je budak2 kelas Naimi, ada 4 line je.
Nak dijadikan cite, my Hubby ni suka sangat toleh2 muka duk usha Naimi sambil senyum2.
Time tu, Naimi ni anti lelaki. Hahah… Boleh le sangat kan? Memang pun!Hihi..
Menyampah betul rasa bila my Hubby duk usha2 sgt..
Dalam sehari, ntah berapa ratus kali my Hubby amik buku dalam beg dia.
(sebenarnya curi2 peluang nak usha kite ni)
Sampai satu saat tak tahan sgt2, sorang kwn Naimi sound my Hubby and cakap,
jgn ganggu Naimi lagi sebab dia dah berpunya… Hahahha… Padan muka, kena marah!!
Naimi nak cakap sendiri, tak mampu.huhu..
Erggggggggggg… tapi dia tak hairan pun…. Lagi kuat ganggu adalah.
Siap2 tahan kaki lagi.

Bila form 3, Naimi mula lega sebab kami dah tak sekelas.
Naimi masuk 3B.. Banyak main kot.
Ermm…walaupun kelas lain2, my Hubby slalu sgt lepak kelas Naimi.
Tau kenapa…. Nak usha Naimi le. Siap pas2 salam lagi tau.
Bila Naimi pandang dia, dia senyum aje….Mcm takde ape2..
Sampaile satu hari, my Hubby tulis surat kat Naimi, nak ajak berkenalan..
siap dgn biodata lagi tu. Hihihi….
Time tu, hati Naimi dah terbuka sikit kot, so Naimi pun balas le surat tu.
Tapikan… ada syaratnye kalu nak berkenalan ngan Naimi.
Dalam biodata Naimi, bahagian CITA-CITA tu, Naimi suh my Hubby teka, apa cita2 Naimi.
Naimi hanya bagi ni je: _ _ _ _ _ E _ _ M _ _.
Berbulan2 my Hubby sahut cabaran nak teka… Tapi still tak dapat jugak.
Akhirnya Naimi mengalah…kesian dan terharu melihat kesungguhan my Hubby.
Lepas tu, kami start berkawan…. (hanya melalui surat, tapi tak penah bercakap).

Form 4, kami sekelas lagi sekali. Time nila, my Hubby propose me to be his GF.
Then, Naimi terima…. Pada tarikh 12 Januari 2002.
Still sama… wlpn kami sekelas, dengan jarak meja yang dekat,
 kami masih berhubung melalui surat.
Tak penah bercakap face to face. Malu weh…..
Kalu bercakap pun, melalui telefon, bila Naimi balik dari asrama.
Opss…. Panggilan yang kami guna ialah ‘kami dan ‘hampa
Hihihi….
Tapikan…kami clash pada 4.4.2002 seb. Naimi dengar cite dari sorang member asrama,
yang my Hubby duk couple ngn budak kelas muzik.
Naimi langsung tak minta penjelasan dr my Hubby, so trus decide nak putus.
Kawan Naimi yang tolong sampaikan dlm kelas masa tu.
Teringat lagi…my Hubby terus gi tandas lepas tu.
Rupe2nye dia nangis sebab terpaksa lepaskan Naimi.
Itu pun sebab Naimi kata : kalu sayangkan kami, hampa lepaskan kami.
Lepas je kami clash…satu kelas pulaukan Naimi, tak kira pmpn atau laki2.
Sedih sangat2… Terasa bersalah sangat2..
Lebih2 lagi, kwn baik Naimi yg duk sebelah Naimi, pindah tempat duduk belakang.
Huhu….. Time tu, hanya my Hubby je yg tak penah berubah sikap pada Naimi.
Marah pun tak….

Kebetulan bulan 5, 2002… asrama kami wat rombongan ke Cameron Highlands.
Naimi ikut jugak… tak sangka my Hubby pun ikut jugak.
Sehari sebelum berangkat, Naimi dah karang lebih kurang 10 helai surat(depan belakang) nak bagi kat my Hubby… Naimi dah tersedar, Naimi salah. Kawan Naimi tu tipu Naimi je.
Kesian my Hubby, dipersalahkan….oleh Naimi.
Cinta dan sayang berputik dgn cepatnye…. Semuanya Naimi luahkan dlm surat tu.
Tapi, malam tu..masa nak naik bus, Naimi Nampak beberapa perempuan asrama
yang agak famous di kalangan lelaki asrama ngah bercakap2 ngan my Hubby.
Alangkah sedih dan pilu rasanya…. Terbantut niat Naimi.
Sampai ke sudah, Naimi tak bagi surat tu… lebih2 lagi bila kami tak naik satu bas…
My Hubby naik bas sekali ngan pompuan2 tadi… (half aspura, half aspuri).

Sampai di Cameron Highlands(CH), Naimi berlagak mcm biasa.
Jalan ngan kwn2 Naimi…
Tapi Naimi perasan jugak, my Hubby asik2 usha je.
Tapi Naimi abaikan sebab pada Naimi, my Hubby mgkin dah ada pengganti..

Hari terakhir kami di sana, kami ke ladang the Bharat.
Kat situ, my Hubby berupaya snap gambar2 Naimi…
Naimi pun banyak le berlari2…. Tak mahu diambil gambar.
Mcm2 taktik le die guna…
Akhirnya gambar2 yang dia dapat sumenye tak cantik. Hahah…

Keesokan paginye, bas Naimi sampai dulu di depan sekolah.
Ayah Naimi yang amik….
Masa turun tu, nampakle abah my Hubby ngah tunggu nak pick him.

Malam tu…. 27.5.2002, my Hubby kol umah. Setelah sekian lama…
Akhirnya…. Dia luahkan segala2nya… termasukle Naimi…
Malam tu juga, kami decide couple balik…
My Hubby cakap :
Faiz takkan berhenti mencintai Naimi sampai bila2, walaupun nanti kita berpisah…. Kecualilah kalu Naimi dah bergelar isteri orang lain.

Alhamdulillah…kami couple sampai le kami disatukan pada malam 27.3.2009.
Walaupun banyak lagi dugaan yang kami tempuh masa di alam Naimi sambung belajar di KUSZA, di mana time tu my Hubby dah keje kat Port Klang.
Tapi…sumenye Naimi tak dapat nak cite sini..maybe on next entry sebab ni pun dah berjela2.
Mesti orang dah mula boring nak baca. Hihii…

Tapi…. Tule, sume couple tak perfect.
Bak kata tuan empunya contest ni…. Naimi setuju 100% pendapat tu.
Lastly, hope jadikan kekurangan pada pasangan kita sebagai kelebihan kita,
Dan jadikan kekurangan kita sebagai kelebihan pasangan kita.
Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Sekian sahaja LOVE STORY 270502 kami….
Blog ini Naimi wat bagi mengabadikan LOVE STORY kami sepanjang hidup kami…
bermula dari 27.05.2002.

 zaman percintaan
270309
honeymoon
9th years anniversary (27.05.2011)

Love Story never ends.........

7 comments:

  1. wahh~ sweetnye~ begenang2 air mte ni~ xtw nape..huhuhu moge bhgie slalu~ wink3 >_<

    ReplyDelete
  2. time kasih atas doa nya itu... (**)
    semoga awak pun sentiasa bahagia slalu yew...

    ReplyDelete
  3. besnye bila kekal sampai sekarang. :)

    ReplyDelete
  4. betul tu encikAPPLE...
    hope encikAPPLE pun kekal slama-lamanya dengan yang tercinta.... (**)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...