Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 02, 2011

Contest Hidup Saya Tak Sempurna Kalau Awk Tak Lengkapinyaa..



Contest lagi???
Of Course la…..

Jom2 kite usha tengok syarat2 contest tu….

1)      Malaysian Citizen
2)      Apa2 jantina pun bley join
3)      Ada BLOG
4)      Follow Blog tuan tanah
5)      Create 1 entry menarik about this contest
6)      Paste banner contest sekali kat dlm entry tu
7)      Tag Blog tuan tanah kat dalam entry
8)      Paste any pics wif org tersayang+blh edit pic tu menjadi 1
9)      Story mory sket tntg kenangan manis bersama org dlm gambar itu
10)  Tag 3 blogger@ lebih
11)   Post  link entry tu dengan blog tuan tanah

Kalu nak join, click kat banner atas tu ye...
** Tarikh tutup : 4 Mac 2011 **



Hidupku kini tidak akan sempurna tanpamu... suamiku.
Dikaulah imamku fi duniya wal akhirah.
Alhamdulillah, cinta kami akhirnya termatri dan terpatri tanggal 27 Mac 2009 
dinikahkan oleh ayahku sendiri, bersaksikan semua sanak saudara yang ada.
 Setelah hampir 7 tahun 
melalui pelbagai onak dan duri dalam cerita cinta, 
akhirnya kita disatukan.

Suamiku... 
terlalu banyak memori mahupun kenangan manis 
yang telah tercipta antara kita
sedari saat diri ini masih belum menjadi milikmu secara sah 
dan setelah diri ini sah menjadi suri hatimu yang sah.

Di sini,
ingin Naimi abadikan sebuah kisah yang takkan Naimi lupakan sepanjang hidup Naimi..
<InsyaAllah>

Antara kenangan yang paling manis 
dan sangat2 mengharukan Naimi ialah 
pada saat my Hubby melafazkan perkataan "TUNAI" ketika kami diijabkabulkan 
pada malam 27 Mac 2009.
Pada malam kami akan dinikahkan tu, 
my Hubby & family sampai lebih awal dari Naimi& family.
Kalu ikut plan asal, kami akan dinikahkan selepas selesai solat Isyak.
Namun begitu, sebaik2 perancangan...ialah perancangan Allah jua.
Naimi dan family sampai agak lambat iaitu dalam 9 malam lebih2 skit.
Selepas semuanya bersiap sedia, Imam pun memulakan upacara pernikahan.
 ...
.....
.......
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Nurul Na'imi binti Aziz, 
dengan mas kahwin sebanyak ____ , tunai." 
" Aku terima nikahnya Nurul Na'imi binti Aziz dengan mas kahwin sebanyak ____ , TUNAI !!!"
.......
.....
...
Ada apa dengan lafaz "TUNAI" tu?
Heheheheh.... Lawak2 (**)
Sebenarnya masa sesi qabul tu mungkin my Hubby terlalu gementar atau excited tak pastilah
(sebab hanya lelaki je kot yg mengerti perasaan tu)
bile sebut perkataan dari "aku terima......." ok je nadanya. 
Tapi bila sampai perkataan terakhir tu iaitu "TUNAI".... dengan tak semena-mena
my Hubby dengan kuat dan tegas menyebut TUNAI !!
Hahaahahhaha..... Lawak2. Sebabnya my Hubby sendiri pun tak sangka dan terkejut 
kenapa la dia pi sebut kuat dan penuh dengan ketegasan perkataan tuh..
Habis orang terkejut.. iihiiihii....
Bila ditanya balik selepas tu, my Hubby cakap dia pun tak sangka jadi gitu.
Mungkin dia rasa lega sebab itu adalah perkataan terakhir kot utk sahkan dia memiliki Naimi,
atau mungkin dia excited sebab   berjaya ingat semua perkataan yang dihafal,
atau mungkin dia rasa teruja sebab dia bakal berjaya membuat sekali lafaz je.
Hihihi..... Bila ditengok video penikahan balik mesti nak gelak punya.
(Ngah tulis entry nie pun leh wat Naimi tergelak sorang2)
Sweet sangat moment tu.... 

Suamiku...
Setelah selesainya ungkapan TUNAI yang hebat lagi tegas tu... (ihihhihi),
dikau telah pun menyempurnakan hidupku.
Hidupku kini sejak dari saat itu, tidak akan lengkap tanpa kehadiranmu.

Suamiku...
Engkaulah pelengkap hidupku.

Suamiku...
Dengan menikahiku, dikau sudah membantuku untuk melengkapkan separuh daripada agamaku,
di mana separuh lagi akan kulengkapi dengan mengikut apa yang disuruhNya dan meniggalkan apa yang dilarangNya.

Suamiku...
Tanpamu, tiadalah erti hidup ini..
Aku bahagia bersamamu

** Naimi tag **
2) Dyla
3) Eyma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...